Thursday 19 December 2013

Throwback : Zaman Diploma

Hello & Assalamualaikum

Kemain nak throwback sangat ka. Tapi biasa lah mesti teringat zaman-zaman belajar dekat Politeknik Perlis. Selama 3 tahun kat sana termasuk 5 bulan praktikal dekat Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai , banyak pengalaman, suka duka, pahit manis dan macam-macam lain.

Aku ambik diploma teknologi maklumat (hiburan digital), nanti aku akan buat post baru untuk cerita lebih pasal kos aku. 3 tahun rasa macam lama tapi sebenarnya sekejap je. Bila dah masuk UKM, mesti akan compare cara hidup dan study kat poli. Aku rasa matrik, stpm ataupun diploma mesti akan cakap dulu lagi best dari sekarang di UKM. Hmmm. tak dapat dinafikan lah. Terutama cara pembelajaran memang akan lain.

Gambar dengan rakan-rakan kos. Masa ni semester 1 baru. Gila muka innocent. Yang tinggi dan kurus I la tu. Hihi.
Masa kat Politeknik aku tak aktif pun. Setakat join Pembimbing Rakan Siswa. Itu pun aktif pada tahun pertama sebab lepas tahun kedua rasa tak best sudah. Aktiviti yang lain macam koko tu nak tak nak kena aktifkan jugak sebab termasuk dalam pointer.

Aku rasa paling banyak subjek dekat poli aku ambik 8 (kot). Masa semester 2. Gila banyak, final paper saja 6. Dah naik semester 3 dan ke atas subjek makin kurang tapi makin susah. Perghhh perghhh. Pengalaman tak best masa kat poli ialah aku jadi makin gemok. =..= . Selalu makan tapi walaupun dari bilik ke jabatan aku (fakulti) perlu naik tangga macam batu caves, berat aku menjadi-jadi.

3 tahun belajar, boleh kenal apa erti kawan. Perangai-perangai semua keluar. Dan aku juga salah satu mangsa penganiyaan orang dan mangsa orang ketiga dalam perhubungan kawan-kawan. Masa tu serius cakap down gila, kerja group pun dah jadi problem. Kelas cancel tak cancel pun tak tahu. Tapi aku fikir-fikir tak rugi pun aku tak berkawan dengan dorang. Pointer aku dekan jugak, dorang? Kahkahhhh. Last orang yang menganiaya aku terima padah nya. Itu lah, biar orang buat kita nanti dorang kena balasan lagi teruk dari kita. Buat cool sudah.

Masalah air kat politeknik lebih kurang je kat UKM ni. Pernah sekali dalam seminggu tak silap, masa tu pula musim banjir.

Apakata korang enjoy gambar jelah ye.


Gambar ni masa semester 2, kenal kawan-kawan ni masa semester dua jugak. Jiran bilik je pun. Tapi masa ni kami masing-masing telah dianiaya oleh rakan masing-masing. Kemain nak cakap jugak dianiaya kan, macam baik sangat je aku ni. Masa semester 3 kami adalah roomate. Seronok owh 1 bilik 4 orang. Itu yang aku pertikai kenapa KKM tak ada bilik 4 orang. Huhu. Kitorang dah tau perangai masing. Kalau nak diingat balik memang lawak lah ada sampai pernah mengamuk baling gelas. Aku dengan perangai tidor tak sedar-sedar dan kuat makan. Kawan aku yang lain style bergayut dengan bf je. Dua lagi style jenis emo, merajuk dan bergaduh dengan antara dorang. Banyak lah kalau nak ingat kenangan dengan dorang.


Ini masa semester 3 tak silap, masa ni orang yang telah menganiaya aku telah mendapat balasan setimpal. Kahkah. Kebenaran telah terbukti. Okay tak mau riak lebih. Sapa yang edit gambar ni pun tak tahu lah. Buruk! =_=

Semasa praktikal. Nak pergi kerja la time ni. Semangat siap berjag.
Jamuan Raya Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (Sem 5). Itu bukan duckface tetapi tunjuk makanan penuh dalam mulut.
Berbuka puasa masa (Sem 5).

Masa buat kursus Oracle (akhir sem 5).
Presentation final project. Buat game uoolss. Gila muka aku pucat.

Bercuti Malaysia di Langkawi (Awal sem 6)
Hujung sem 6 (last sem) mestilah makan-makan berkumpul dengan rakan lama. tsk

Yeayyy. Finally, 3 tahun dapat lah diploma.
Kerinduannn. Tskk.

Huwaaaa. Banyak gila gambar tapi macam melampau pulak. Hidup jauh dari family buat pertama kali masa ni, dan macam-macam yang jadi buat aku matang(matang sangat) dan lebih menghargai. 3 tahun ini tak boleh dilupa. Okay stop sekarang. Jap lagi menangis pula, sekarang ni asyik sensitif nak menangis je. Kata je matang.

Bye.

No comments:

Post a Comment