Friday 17 January 2014

2014 & Final Paper.

Hello & Assalamualaikum.

Lama menghilang. Last update 2013, 2014 baru muncul?. Okay, #lawakhambar2014. Aku bercadang nak buat post lepas habis exam, yelahhhh study smart kan. Mana mengadap laptop. Propaaaaa. Azam tahun baru? Semoga cepat kahwin. Kahkah. #lawakhambar2014 lagi.

Nak bercakap pasal final paper memang sesuatu yang mengakikat hati. Antara paper yang killer yang aku dah beri pendahuluan adalah akaun dan math. Makro pun killer juga tapi disebabkan 10hb  janu butakan dulu. Kofkofffff. Untuk paper yang lain bukan lah tak killer tapi paling-paling yang lain dicover oleh carrymarks. Macam matematik aku tak paham betul pemarkahannye macam mana. Tuto pun takada, kuiz pun takada. Kiranya carrymarks tak tahu lah nak kutip dari mana kan. Hanya kebergantungan kepada peperiksaan semata.

Study bagai nak rak, tapi kecewa jugak. Paper akaun punya lah study betul. Suruh Miza ajarkan, sebab dia ada basic tapi hancur. Sedangkan budak matrik kata susah paper akaun haritu, takkan aku yang zero nak kata senang pulak kan. Matematik pulak okay lagi, okay lagi tu maknanya bukanlah senang sangat tapi disebabkan aku ada try buat exam past year dengan budak matrik jadi okay sikit. Cuba bayangkan kalau aku tak cuba buat mahu pening nak faham soalan. Soalan Aplikasi Komputer yang simbol bahagi darab tolak pun aku dah confius inikan soalan matematik.

Tekanan masa minggu peperiksaan memang mencabar betul. Aku siap memberontak dalam hati nak tukar kos ke kulinari sebab minat. Tapi memandangkan UKM tak ada kos ni, hajat terkubur. Untuk kembali ke IT aku berfikir 150 juta jugak. Sebabnya IT ni tekanan dengan projek pulak. Kos sekarang ni tekanan sebab tak ada basic.  Aku rasa ada jugak orang lain yang tak ada basic, tapi situasi aku ni adalah seorang yang lambat pickup. Ibu aku pun cakap, sebabnya tengah dia cakap dengan aku aku boleh tanya soalan yang bleghhh.

Andai kata result aku tak memberansangkan, aku berkire-kira untuk stop. Bukanlah stop belajar, tapi mungkin mahu apply U yang ada kulinari misal nya macam UiTM. Tapi ini semua hanya akan berhasil dengan keizinan ibu bapa dan semangat yang kuat dalam diri aku. Tapi yang aku harapkan pada kawan-kawan yang lain. Kalau rasa result dah keluar tu tak perlu lah tanya kut. Hahaa!. Lagipun aku tak akan check result awal-awal. Biar korang suka dulu dengan result korang baru lah aku check.


Bye.