Monday 30 September 2013

KeSUDAHan

Hello & Assalamualaikum

Sudah lah cukup sebulan aku disini tapi hasil apaaa?
Sudah lah tiada basic dalam business , ilmu kosong didada aku kata.
Sudah lah tak dapat pengecualian kredit
Sudah lah bulan pertama kusut kacir
Sudah lah subjek-subjek tak cover lagi


Sudah nya begini saja. Lepas berhari raya mood baru datang barang kali
Ahhh! Sudah lah perlu tunggu mood segala pula.

Untuk Sir : Sudah empat post ni. yahooo!

Bye.

Sunday 29 September 2013

Inspirasi

Hello & Assalamualaikum

Untuk post kali ni sir bagi tajuk INSPIRASI, inspirasi untuk blog. Banyak blog sekarang yang naik contoh nya ayeem ayam , mista K dan banyak lagi, yang famous amos mesti korang dah kenal kan. Insipirasi aku  of course semua kenal Fatin Liyana . Aku jadi kan dia sebagai inspirasi sebab walaupun dia pelajar perubatan tapi nampak cool macam aku jugak. Dia selalu share tips dan banyak info macam travel , yaehhh aku suka kalau jalan-jalan travel tapi bajet takde. Dan semestinya info pasal braces dia share sebab dia pun pakai braces macam aku. Sebab tu aku cakap dia cool sebab aku cool. Hahaa! . Cara penulisan Fatin Liyana juga sempoi, ade jugak dia selit-selit loghat nogori dia. Dari segi design blog dia simple. Aku memang tak suka banyak widget ni. Hihi.


Salah satu insipirasi aku , tehtarikgelasbesar atau dikenali dengan Nami Cobbler atau Nama Nami. Dulu dia ada buat blog tapi dah delete atas sebab-sebab tertentu. Tapi dia masih menulis di Tumblr. Aku suka lebih pada cara penulisan dia. Mungkin agak berat tapi sebenarnya ada sesuatu yang baru aku dapat tahu  Dia jugak penulis buku , setakat ini aku dah habis baca Awek Chuck Taylor dan Semangat Anak Muda. Aku tengah bercadang nak beli Diorama Eksisten.

TheOtherKhairul jugak aku jadi kan sumber insipirasi. Blog dia lebih pada rujukan sebenarnya. Ayat penulisan dia memang sarkastik tapi  tak butthurt pun . Dia pun banyak share something yang berguna untuk aku. Yang terbaru pasal Tips Interview . Bukan macam tips interview yang biasa orang share. Try lah baca. Aku selalu bukak blog dia tapi sekarang dia jarang update. Sedih . Nama Nami dan TheOtherKhairul ni dulu pernah jadi penulisan untuk blog Terfaktab. Post-post dorang mesti aku baca .

Banyak blog lain yang bagus dan menjadi sumber insipirasi aku sebenarnya. Tapi 3 ni pun aku dah rasa macam banyak dah ni.

Bye.


Kalau Aku Berkuasa

Hello & Assalamualaikum.

Kalau aku berkuasa dalam dunia apa akan aku buat? Benda yang akan aku ubah ,  aku banteras rasuah. Sebab rasuah ni lah merosakkan negara. Orang bawahan mesti kena tindas, orang atas senang naik, orang bersalah tak dihukum dan banyak lagi contoh yang ada. Tapi bagi aku setakat banteras rasuah dengan hukuman saja tak cukup. Ini mentaliti puncanya , ibarat rasuah tu dah macam amalan biasa.

Kedua, aku tak boleh nak tengok golongan kurang kemampuan ni, tak kesah la kurang upaya atau orang-orang tua atau pun kanak-kanak . Aku nak tolong dorang dari segi bagi kemudahan dan peluang hidup yang lebih baik. Kanak-kanak contoh nya, selalu aku perasaan ade je datang mana-mana kedai jual balm tujuan untuk support diorang. Padahal ada sindiket disebalik tu yang guna kesempatan kanak-kanak ni, alahh balm apa jual rm10. Aku bukan nak merungut dari segi itu, tapi kalau derma mestilah ikhlas kan , jadi biarlah orang nak derma berapa pun asalkan ikhlas. Yang aku geram orang disebalik yang guna kan kanak-kanak ni untuk kepentingan dan keuntungan pihak mereka sendiri. Daripada kanak-kanak tu pergi meraih simpati macam tu baik aku sediakan satu platform untuk mereka belajar contoh kemahiran.

Kalau kat malaysia, aku nak ubah pengangkutan awam jadi lebih bagus. Bukan cakap tak bagus sekarang ni. Tapi kan best kalau pengangkutan awam di malaysia sama taraf macam di China atau Jepun. Ini antara perkara aku nak ubah jika diberi peluang. 

Bye .

Wednesday 25 September 2013

Siapa Aku?

Hello & Assalamualaikum

Orang biasa panggil fiza . Fie pon ade tapi kalau 'besi' tu  errrr . Berasal dari Ipoh, Perak. Umur dah pun 22 tahun.  Aku lepasan diploma Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis  program Teknologi Maklumat (Hiburan Digital) dan sekarang sambung ijazah di UKM dalam program Pentadbiran Perniagaan. Jangan tanya kenapa lari kos. Nanti la ehh citer.

Anak kedua dari 4 orang adik beradik dan sorang je perempuan. Tapi tak manja pun kene belasah kaw kaw lagi ade lah. Aku nampak macam pendiam sikit tapi kalau dah kenal tak pun hakikat nya. Nampak sombong tu mungkin sebab susah nak senyum . Hahaa!! Itu lah dulu setakat ini. Kalau nak kenal lebih berkawan baru best kan. Kalau taknak kawan takpe kite couple . : P .

P/s : Blog ini dibuat khas untuk kos Aplikasi Komputer. Jadi mungkin tulisan aku skema-skema sikit.