Friday 20 December 2013

Bye bye korang

Hello & Assalamualaikum

Dah tercapai 30 post. Gagah jugak lah nak mengejar post-post terakhir. Sebabnya tak ada point, dan tak ada gambar. Huhuu.

Dah hampir habis semester 1. Rasa cepat sangat dan tak macam tak percaya nak final exam. Untuk post yang 30 ni saja lah aku nak mengimbau detik-detik manis pahit dalam kelas dan UKM.

Terima kasih kepada korang yang tolong aku tak kira dari segi apa pun dan bergelak ketawa sama-sama. Terima kasih. Sob sobbb. Tskk.

Itu saja kali ni. Sebenarnya aku rasa ada je aku nak post nanti walaupun dah 30 post. Peduli ape yedak. Bye korang kelas S4, kalau jumpa aku tu bertegur lah. Aku jenis memang tak nampak orang (rabun), jadi nanti bila tak tegur korang jangan cakap sombong pulak. Ipoh mali tak sombong. Pfftttt.

Bye.

S4

Hello & Assalamualaikum

Set 4 atau S4 adalah nama untuk kursus Aplikasi Komputer yang aku ambik. Pada mula kelas ni, lecturer yang mengajar atau dipanggil sir telah buat bajet-bajet macam garang je. Siap mengalakkan tukar set lagi. Secara jujur aku memang tak ada niat nak tukar set, tapi masa tu terdetik dihati. Adakah ini seorang lagi lecturer yang akan buat aku down? Ini sebab aku pernah rasa nak tukar kos terus sebab ada lecturer ajar laju dan tegas gila.

Aku rasa kelas S4 ni harmoni saja. Kenal yang lain. Walaupun tak rapat sekurang-kurangnya kenal nama dorang. Itu pun okay kan. Berbanding kelas lain. Poyo je cakap ehh macam pernah nampak lah, rupanya sama kolej jugak. Uhhh.

Bagi aku sir dikira sporting. Ini bukan untuk mengipas-ngipas tapi jujur dari hati. Gituuu. Walaupun aku jadi tak best sebab ramai yang drop  kursus ni dan aku student IT tapi tak drop. Makan hati tau. Tapi sebab cara sir yang sempoi dan boleh bergelak ketawa menyebabkan hati aku sejuk balik. Pfftt .Kemain ayat

Yang tak boleh blah, kadang-kadang lawak sir mesti selit unsur 18xx. Tak tak. Aku rasa kategori 21xx punya. Kehkeh. Jadi nak gelak kang nanti sir cakap over, tak gelak karang kesian pulak sebab sir cakap lawak dia mahal. Gurau gurau

Kawan aku pernah cakap, "Best lah tengok lecturer korang, dah la hensem aku nampak dia cakap dengan senior pun macam sempoi je. Tak macam lecturer kitorang ajar tegas gila. Aplikasi komputer je pun".- Ada unsur tokok tambah sikit.

Owh ye. Dalam kelas ni aku rapat sikit dengan Akma, Miza, Fikri, Cna. Dengan yang lain pun rapat jugak tapi rapat dengan rapat sikit adalah berbeza. Hahaa.

Okay thanks to sir yang mengajar dan polish balik skill aplikasi komputer aku yang dah lama berkarat. Terima kasih atas keprihatinan, kelawakan, dan kepoyoan sir selama mengajar kitorang. Terima kasih jugak sebab wujudkan gosip dengan Fikri. Rasanya sir memahami kami berkawan. Saya dah friendzone kan dia siap-siap. Kahkahhh. Tak lupa jugak ahli kumpulan power point aku, Aney, Naimah, dan Yong Chee dan rakan-rakan kelas yang lain.

Sir membajet. Kredit gambar dari Miza.

Bye

Drama Foundation English

Hello & Assalamualaikum

Ramai yang cerita pasal drama dorang. Aku pun nak cerita jugak. Kelas english aku 1 kelas dengan Akma, sebab tu kitorang tak betul sikit kalau berdua. Kehkeh.

Group aku buat cerita pasal Secret Garden. malas nak cerita lebih pasal sinopsis cerita ni. Lagipun Akma ada cerita dalam post ini.

Aku berlakon sebagai doktor. Watak nak gah je kan. Alahh, ada 3 line je skrip aku. Mulanya dorang nak aku jadi narrator. Tapi sorry aku tolak awal-awal sebab dalam mulut ada besi bukan emas. Pronounciation aku memang susah sikit. Sebab tu bila sir kritik masa presentation aku sebut Mark macam mak. Sebabnya besi punya pasal. Dash.Underscore.Dash.

Perancangan presentation ni 11/12/2013. Tapi tarikh ni telah diambil oleh sir untuk presentation Power Point dan Access. Terpaksalah ganti pada hari ahad. Kofkofkof, batuk jap.


Tak dapat top 3 pun tak mengapa. Walaupun apa dirancang tak terbuat dan spontan tu biasalah kan. Tapi itu pun dah boleh berpuas hati sebab kalau ikutkan kitorang tak pernah buat latihan complete ahli kumpulan. Bukan tak beri komitmen tapi masing-masing ada kerja lain. Kitorang pun buat latihan last minute. Dalam 2 hari sebelum nak present. Sebab kekangan masa. Memang enjoy habis masa ni.

Bye

Dari KLCC ke Tanjung Malim

Hello & Assalamualaikum

Nak berkongsi dengan korang sikit cerita yang ada dalam buku Dari KLCC ke Tanjung Malim.

~Canon Seri Budi~
Semasa bertanyakan kamera SLR  yang paling murah, tauke kedai itu berkata,

"Ada, Canon Seri Budi".

Dalam hati saya, terbit rasa kagum. Tidak sangka ada juga kamera Canon yang namanya sangat kemelayuaan. Namun apabila kotak kamera Canon itu sampai dihadapan saya, ohh rupa-rupanya,

"Canon 1000D"

Aku ketawa yang punya fak.
~~

~Namanya KLCC~
Pak Ngah aku seorang orang tua. Aku rasa umur dia dekat 70 tahun dah. Satu hari dalam bulan puasa tahun lepas, dia datang singgah ke rumah mak ayah aku. Kebetulan aku pun ada lepak disitu masa dia datang.

"Kau kerja situ lagi ka?" Tanya Pak Ngah aku.

"Situ mana Pak Ngah?"

"Situ la. Bangunan jagung dua batang tu".

Aku geleng kepala sambil memaki hamun arkitek bangunan dalam hati.
~~

Banyak lagi yang lawak-lawak dalam buku ni. Korang beli dan baca lah sendiri. Lemak betul semua nak cerita.

P/S: Korang tak gelak memang korang erghhhh. Malas cakap.

Bye

Diploma Teknologi Maklumat (Hiburan Digital)

Hello & Assalamualaikum

Pada post throwback : zaman diploma, aku ada cakap nak cerita sikit pasal kos aku. Masa mula-mula apply  kos ni aku ingat kos ni lebih kepada belakang tabir macam editing. Tapi rupa-rupanya tidakkkkkkkk. Masuk-masuk je telah diberitahu oleh PA(Pensyarah Penyelia atau lebih kurang macam guru kelas la), yang kos aku ambik ni kos baru dan aku dengan rakan-rakan adalah first batch. Kos ini jugak adalah berkaitan dengan game. Kiranya kena buat game lah.

Aku masa tu dah risau, dah la selalu bising-bising bila adik-adik main game dan aku pun tak minat main game takat GTA dengan Need for Speed je lah main pun. Tiba-tiba ambik kos buat game. Perasaan tu lebih macam peribahasa 'mengata orang aku yang lebih'. Mula-mula rasa macam nak tukar kos, tapi PA aku cakap nak tukar ambik masa 2 bulan. Malas la tapi kalau ikutkan tak sampai sebulan pun sebab ada seorang tukar kos.

Nak kata kelas aku majoriti ramai lelaki tak pun, sama banyak baru lah adil yedak. Untuk sem 1 setakat belajar yang basic-basic, macam asas teknologi maklumat, basic C++. C++ dulu seronok lah buat, sebab tak mula buat coding lagi kan faham konsep saja boleh lah dapat A.

Start sem 2 dan keatas banyak belajar pasal coding, prolog, software, story telling, operating system, artificial intelligence dan tak lupa agama (masa sem 2 adalah tajuk perkahwinan). Dekat poli semua subjek yang kita ambik dikira pointer termasuk lah english, agama, polibriged, koko. Sebab dengar katanya kat matrik english tak termasuk kan.

Bagi aku kos ni agak tough jugak lah, sebab first batch. Nak rujuk lecturer pon lecturer sama-sama belajar jugak subjek yang dorang kene ajar kitorang. Disebabkan kos baru jugak lah setiap kerja(assignment, quiz, test, final project) tak kira dalam bentuk hardcopy atau softcopy kitorgang kena kumpul dan buat 1 portfolio. Memang tebal lah ceritanya.

Aku tak berapa suka dengan coding. Sebab apa?. Boleh menyebabkan aku rasa nak hempuk je laptop. Tertinggal satu je benda, contoh tertinggal simbol ; mesti error banyak. Eh ehh korang faham ke coding tu ape?.

Haaa. ni contoh coding software C#
Kitorang start buat mini final projek game dari sem 3 lagi, masa tu game-game yang cikai sahaja mampu. Macam budak-budak. Tapi okaylah kan mampu buat dah cukup baik.

Ini adalah details pasal projek akhir kumpulan aku. Tapi semua telah diubah balik mengikut kemampuan kitorang. Nak plan memang senang. 

Untuk projek akhir pulak, kelas aku telah buat presentation sebanyak 2 kali. Pertama depan lecturer, okay yang masa ni memang risau gila sebab kalau lecturer rasa tak best kena tukar. Tapi alhamdulillah kumpulan aku tak kena tukar. Kali kedua dengan IPTS yang memang ada kos game. Tak ingat la nama IPTS ni, tapi kalau kos kitorang nak sambung degree kat sana boleh potong kredit sampai tingal 2 tahun saja. Tapi mahal la.

Artificial Intelligence
Nak cerita lebih pun aku tak reti nak cerita macam mana sebenarnya. Tapi kalau nak banding lab test sekarang dengan dulu, dulu lagi susah lah sebab dulu kena buat coding lab test. Kalau tak faham atau study memang tak akan dapat lah jawapan. Dan kenapa lagi susah, sebab soalan tak akan sama dengan kawan-kawan sebelah korang. Buat lah sampai terkapai-kapai.

Tapi, nak sambung degree, tak ada lagi mana-mana IPTA tawarkan kursus khusus untuk gaming. Dulu dengar kata UTEM nak buat, jadi semua target UTEM. Tapi selepas ditanya-tanya, dorang tak tawarkan lagi untuk masa terdekat ni. Kalau Artificial Intelligence, Software Engineering tu adalah. Perghhh nak ambik 2 kos ni pengsan dulu.

Aku ingat nak kongsi projek akhir game yang aku buat tapi gambar tak ada pulak dalam laptop aku. Aku pernah tunjuk hasil projek akhir aku pada orang lain, dan biasalah mesti kena kutuk. Kenapa tak buat game  macam Angry Bird, tambah la banyak lagi. Pergh sampai menangis kut. Buat yang itu pun struggle gila. Masa diploma, memang tak boleh kalau laptop rosak. Kebanyakannya kena bawak laptop dan kerja-kerja semua bergantung dengan laptop. Bukan takat guna Microsoft Office, Adobe Photoshop je tapi software lain jugak. Jadi kebergantungan terhadap laptop adalah sangat tinggi.

Bye

Shopping Online

Hello & Assalamualaikum

Aku suka membazirkan duit dengan shopping online. Kalau shopping kat mall mesti akan pikir shopping online lagi best. Family aku semua pun kaki shopping online. Sampai kan abang pos laju dah kenal adik aku sebab adik aku yang selalu ambik. Shopping online ni bukanlah macam baju je, macam-macam. Buku lah kitorang beli, kasut sukan, barangan komputer, barangan elektrik

Kenapa shopping online? Sebab senang. Hahaa. Poyo je. Tak ada lah senang sangat. Nak kata murah tu tak semua murah. Dan ada juga murah tapi bila termasuk kos penghantaran dah jadi mahal.

Disebabkan citarasa aku macam pelik dan cerewet, aku mesti rasa baju-baju bila shopping online lawa. Dalam masa yang sama aku rasa duit macam tak luak, padahal mahal jugak. Huhuu. Sebabnya kalau bila cash kita nampak duit keluar terbang begitu saja. Tapi sebab bank in atau transfer online, aku macam tak nampak duit keluar. Bahaya kes macam ni.

Nak share dekat korang apa yang aku pernah shopping online


  
Dari MilkTee. Harga dalam Rm65 tak silap.

   

MilkTee jugak. RM49.



 Kemeja ni dalam RM 38 termasuk postage. Ini pun dapat hasil dari membodek rakan rapat di facebook belanje. hihii. Tak ingat beli kat mana.


CC cream adalah first cream yang aku pernah beli. Percaya atau tak dari zaman sekolah dulu aku tak pernah beli foundation, bb cream mahupun bedak compact. Setakat bedak wangi-wangi je, yang lain ibu aku beli or orang bagi. Kehkeh. Lagipun muka aku ada jenis yang senang nak tau pakai bedak or tak. Huh. Kalau masker memang favourite aku. Kalau pergi Watson tu benda wajib. Okay 2 benda ni dibeli dari Hishop.


Okay yang ni pula dari Mivva. Apa yang best Mivva ni. Kita bayar RM38 tak termasuk postage untuk 1 box, dan akan dapat barang yang best-best sama ada trial pack atau pun full punya. Kalau dapat full memag mahal tau sebenarnya tapi kita cuma perlu bayar RM38 saja. Gambar kat atas ni box yang pertama aku subscribe. Dalam box ni dapat :

Elianto Eyeshadow (harga pasaran dalam RM8)
Toner BeautyMate (penah nampak dekat Watson toner ni RM45)
Re gen Oil (trial pack)
Unico Lip & Eye Cream (Rm80 kalau tak silap. Tapi Eye cream memang mahal)
Batu-batu untuk tumit 
Toner & Moisturizer Somang (trial)

Ini sahaja lah yang aku boleh kongsi. Banyak lagi sebenarnya, tapi ini aja yang aku bawak dekat UKM, selebih nya ada dirumah. 

Bye

Thursday 19 December 2013

Throwback : Zaman Diploma

Hello & Assalamualaikum

Kemain nak throwback sangat ka. Tapi biasa lah mesti teringat zaman-zaman belajar dekat Politeknik Perlis. Selama 3 tahun kat sana termasuk 5 bulan praktikal dekat Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai , banyak pengalaman, suka duka, pahit manis dan macam-macam lain.

Aku ambik diploma teknologi maklumat (hiburan digital), nanti aku akan buat post baru untuk cerita lebih pasal kos aku. 3 tahun rasa macam lama tapi sebenarnya sekejap je. Bila dah masuk UKM, mesti akan compare cara hidup dan study kat poli. Aku rasa matrik, stpm ataupun diploma mesti akan cakap dulu lagi best dari sekarang di UKM. Hmmm. tak dapat dinafikan lah. Terutama cara pembelajaran memang akan lain.

Gambar dengan rakan-rakan kos. Masa ni semester 1 baru. Gila muka innocent. Yang tinggi dan kurus I la tu. Hihi.
Masa kat Politeknik aku tak aktif pun. Setakat join Pembimbing Rakan Siswa. Itu pun aktif pada tahun pertama sebab lepas tahun kedua rasa tak best sudah. Aktiviti yang lain macam koko tu nak tak nak kena aktifkan jugak sebab termasuk dalam pointer.

Aku rasa paling banyak subjek dekat poli aku ambik 8 (kot). Masa semester 2. Gila banyak, final paper saja 6. Dah naik semester 3 dan ke atas subjek makin kurang tapi makin susah. Perghhh perghhh. Pengalaman tak best masa kat poli ialah aku jadi makin gemok. =..= . Selalu makan tapi walaupun dari bilik ke jabatan aku (fakulti) perlu naik tangga macam batu caves, berat aku menjadi-jadi.

3 tahun belajar, boleh kenal apa erti kawan. Perangai-perangai semua keluar. Dan aku juga salah satu mangsa penganiyaan orang dan mangsa orang ketiga dalam perhubungan kawan-kawan. Masa tu serius cakap down gila, kerja group pun dah jadi problem. Kelas cancel tak cancel pun tak tahu. Tapi aku fikir-fikir tak rugi pun aku tak berkawan dengan dorang. Pointer aku dekan jugak, dorang? Kahkahhhh. Last orang yang menganiaya aku terima padah nya. Itu lah, biar orang buat kita nanti dorang kena balasan lagi teruk dari kita. Buat cool sudah.

Masalah air kat politeknik lebih kurang je kat UKM ni. Pernah sekali dalam seminggu tak silap, masa tu pula musim banjir.

Apakata korang enjoy gambar jelah ye.


Gambar ni masa semester 2, kenal kawan-kawan ni masa semester dua jugak. Jiran bilik je pun. Tapi masa ni kami masing-masing telah dianiaya oleh rakan masing-masing. Kemain nak cakap jugak dianiaya kan, macam baik sangat je aku ni. Masa semester 3 kami adalah roomate. Seronok owh 1 bilik 4 orang. Itu yang aku pertikai kenapa KKM tak ada bilik 4 orang. Huhu. Kitorang dah tau perangai masing. Kalau nak diingat balik memang lawak lah ada sampai pernah mengamuk baling gelas. Aku dengan perangai tidor tak sedar-sedar dan kuat makan. Kawan aku yang lain style bergayut dengan bf je. Dua lagi style jenis emo, merajuk dan bergaduh dengan antara dorang. Banyak lah kalau nak ingat kenangan dengan dorang.


Ini masa semester 3 tak silap, masa ni orang yang telah menganiaya aku telah mendapat balasan setimpal. Kahkah. Kebenaran telah terbukti. Okay tak mau riak lebih. Sapa yang edit gambar ni pun tak tahu lah. Buruk! =_=

Semasa praktikal. Nak pergi kerja la time ni. Semangat siap berjag.
Jamuan Raya Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (Sem 5). Itu bukan duckface tetapi tunjuk makanan penuh dalam mulut.
Berbuka puasa masa (Sem 5).

Masa buat kursus Oracle (akhir sem 5).
Presentation final project. Buat game uoolss. Gila muka aku pucat.

Bercuti Malaysia di Langkawi (Awal sem 6)
Hujung sem 6 (last sem) mestilah makan-makan berkumpul dengan rakan lama. tsk

Yeayyy. Finally, 3 tahun dapat lah diploma.
Kerinduannn. Tskk.

Huwaaaa. Banyak gila gambar tapi macam melampau pulak. Hidup jauh dari family buat pertama kali masa ni, dan macam-macam yang jadi buat aku matang(matang sangat) dan lebih menghargai. 3 tahun ini tak boleh dilupa. Okay stop sekarang. Jap lagi menangis pula, sekarang ni asyik sensitif nak menangis je. Kata je matang.

Bye.

Saturday 14 December 2013

Sesi Pembentangan Aplikasi Komputer

Hello & Assalamualaikum.

Alhamdulillah, settle jugak presentation tasks powerpoint dan access. Gila penat. Boleh kata macam nak buat final projek pulak yedak. Walaupun aku dah biasa present-present mini final projek tiap-tiap sem tapi masih tak boleh lawan nervous tu. Aku dah ready dialogue nak cakap apa, last-last ayat tunggang-langgang.

Walaupun group aku mengalami masalah sikit dari segi teknikal semasa presentation, tapi berpuas hati sebab semua bagi komitmen. Slide bertukar banyak kali, video berapa kali retake. Editing lagi. Kalau ikutkan group aku dah ready awal aku rasa, lepas je cuti pertengahan sem, kitorang tiap-tiap minggu buat meeting dan discussion. Shooting awal-awal, tapi mungkin salah kitorang lambat jumpa sir, jadinya nak ubah balik tu kelam kabut sikit.

Berkaitan dengan acces, masa godek-godek buat acces baru aku perasan masa diploma dulu pernah guna acces. Kahkah!. Dah tua pelupa jadinya. Tapi dulu basic saja setakat masuk data sebab kena link dengan xampp ke java ke prolog ke apa tah. Tengok lupa lagi. Hmm.

Aku nak share sikit, masa praktikal dekat USIM dulu ada lah buat final projek berkaitan video, kononnya filem pendek. Jalan cerita asal adalah kawan aku dan seorang lagi pelajar praktikal komunikasi massa UITM yang buat.
Kemahen poster nye. Filem pendek je pummm. Macam poyo je nama nak censored.
Buat storyboard selepas disuruh potong potong. Nampak tak fokus sampai tercucuk-cucuk gunting. Inilah dinamakan passion dalam kerjaan konon nya

Kami beruntung sebab dibantu dari segi prop macam kamera dan jurukamera dari staff tempat praktikal. Depa hebat owh. Guide kitorang, secara tak langsung tau lah cara nak shoot dengan betul.


Tengok dua kawan praktikal yang semangat mengedit. Tapi aku tak buat editing sebab fokus pada projek aku dengan kawan lagi sorang buat sistem. (rujuk gadis bersweater kelabu)

Buat video atau filem pendek ni bukan senang sebenarnya. Konsep, idea kena jana, kos lagi. Tapi agak enjoy jugak kan bila buat.

Bye.

Sunday 8 December 2013

Bersyukur

Hello & Assalamualaikum

Yada yada yada. Minggu ni tema blog "Bersyukur". Krik krikkkk, kosong dalam kepala. Tapi macam banyak point jugak.  Aku nak gunakan penceritaan untuk share pasal bersyukur ni. Wah, sejak mengamalkan pembacaan buku alternatif, kemain nak nak buat macam penulisan.

Lepas je aku habis belajar dekat Politeknik Perlis bulan 4 2012, aku kerja lah sementara nak tunggu result UPU dekat McDonalds . Cuba korang teka, apa aku dapat? Yeah !. Kata-kata orang. " Belajar 3 tahun habis duit pinjam lagi tapi kerja biasa je. ". " Ada diploma tapi kerja takat tak ada diploma baik tak payah belajar" . Serious aku memang down gila waktu tu, aku cerita kat ibu aku dan ibu aku cakap biarkan sekurang-kurangnya nak cari pengalaman. Dalam 3 bulan aku kerja kat McDonalds aku berhenti dan kerja sebagai Promoter di Aeon Ipoh, Situasinya sama je, aku sampai malas nak hadap pemikiran orang macam tu. Aku kerja sementara tu pun sebab aku memang nak tunggu panggilan sambung belajar. At least aku tak membuang masa kat rumah habiskan duit mak ayah.



Aku bersyukur dengan kerja yang aku buat selagi halal, dapat pengalaman dan kawan-kawan yang best walaupun malay, chinese atau indian. Kalau nak cakap interview lain pernah je pergi. Tapi kalau sapa ada pengalaman susah nak cari kerja, dah bersyukur sangat dapat kerja . Dengan duit tu lah aku mampu bayar yuran konvokesyen diploma aku. Dengan duit hasil kerja jugak lah aku mampu menanggung hari-hari aku dekat UKM sebelum PTPTN masuk.  Kerja yang orang anggap cikai-cikai ni pun kawan-kawan ada pinjam duit aku.

Sebelom masuk UKM, aku dah 2 kali apply nak masuk universiti. Sekali apply upu tahun 2012 dan lagi 1 lagi apply Uitm awal tahun 2013. Kiranya UKM ni permohonan kali ketiga aku. Bila dah direject sebanyak 2 kali aku memang sedih menangis gila sampai pertikaikan kenapa aku tak dapat tapi kawan aku yang pointer rendah 3.0 pon dapat. Yang upu kali ketiga aku minta pun nak tak nak tapi mintak juga. Konon tak berharap padahal hati aku lah yang risau gila tak dapat. Alhamdulilah aku dapat UKM dalam Buss. Admin. Ramai yang tanya kenapa ambil Business sedangkan dulu IT. Dulu aku tak tahu nak cakap apa sangat. Tapi sekarang aku boleh cakap ini rezeki aku, aku bersyukur sekurang-kurang nya aku dapat sambung belajar.

Masuk UKM, dah macam terkejut. Lecturer laju sangat. Minggu pertama -kedua adalah minggu yang hectic bagi aku. Tapi lama-lama aku adapt jugak walaupun banyak subjek aku memang mentah. Dengan ada Nurul, Miza, Akma dan kawan-kawan lain yang boleh huahuahua hilang tension. Dengan Fikri yang boleh mengadu subjek susah-susah lepastu belajar sama-sama. Banyak benda bila kita rasa kita lah yang tak beruntung gila. Tapi kalau ikut kan kita bertuah berbanding orang-orang lain.

Satu lagi aku nak cakap, tak tahu ini sebagai teguran atau sindiran. Wakakak. Berhutang dengan orang, nak bayar balik susah tapi mewah. Pakai handphone cecangih kalah aku. Barang brand-brand. Bila aku minta bayar buat macam terdesak sangat nak cari duit. Aku juga last kena paham. Tak reti bersyukur orang macam ni.

Tema minggu ini buat aku nak nangis. Sekup muka dengan bantal tak mau buat kerja. Bleghhh. Macam tak bersyukur pula yedak.

P/S : Bersyukur Malaysia masih aman.

Tuesday 3 December 2013

#PartyDuBook

Hello & Assalamualaikum

.
Jumaat lepas aku pergi PartyDubook dekat area KLCC. Of course excited, sebab dapat pergi sendiri depa buat event. Nama je party tapi bukan lah party sakan.

Fatihah kawan sekolah dan Nurul Fatihah kawan U.
PartyDubook ni telah diajak oleh kawan sekolah aku. Dia tahu dekat twitter, kalau dia tak bagitahu memang tak tahu lah aku sebab aku sendiri malas nak buka kicauan burung tu. Nurul, kawan aku pun nak ikut. Mungkin dia ingat pesta buku lain-lain. Jadi bila dah sampai dia jadi blur. Sorry Nurul. Huhuu. Kalau ikutkan zaman sekolah aku tak rapat pun dengan Fatihah sebab dia kategori budak pandai, aku hanya lah budak hingusan semata-mata. Disebabkan Facebook dan ada minat yang sama sikit, kitorang jadi rapat sikit. Nampak tak kebaikan Facebook kat sini. Okay tu dah masuk tema blog yang lama =_= .


PartyDuBook menghimpunkan buku-buku dari banyak publisher buat kali pertama. Mana lah aku tak teruja oi. Memandangkan ada antara penulis buku ni aku dah ikut sejak zaman poli mahupun sekolah menengah. Wah ayat. Rata-rata penulis buku ni aku tahu dari blog. Ye, mereka bermula dengan penulisan di blog. Bagus juga kan sir buat tugasan blog ni, mana tahu kut-kut korang dapat publish buku sendiri dengan bakat penulisan korang. Boleh aku beli sambil support yedak!?

Kenapa aku suka baca buku alternatif macam ni? Sebab penulisan dia cool. Cool ni boleh la dikategorikan sebagai penulisan yang lebih dekat dengan kita remaja ni. Tak skema , ayat jiwang pun boleh diterima pakai dan penceritaan yang bersahaja, lawak dan kalau nak tahu baik korang baca sendiri. Tak kan semua aku nak cerita. Lemak betol!

Kebetulan minat membaca buku alternatif ni sama dengan adik-adik aku, jadi bila aku inform kat dorang yang aku nak pergi PartyDubook semangat dorang kirim buku lah, tee lah. Kiriman yang bermodalkan air liur saja. Hehh.

Tersengih terhibur membaca tweet dari #PartDubook. Apa pun jangan disalah ertikan aku makan sambil tertonggeng. Itu belum nak makan lagi. Duduk pun belum. Aku adalah perempuan yang layak dijadikan calun menantu dan isteri, Wah wah.
 Kat sana dapat makan free kalau korang ada beli apa-apa kat sana. Dapat lah 'cucuk-cucuk' sebanyak 5 cucuk. Okay lah kan. Kau nak nice macam mana lagi?

Sampai je kat sana, aku dan kawan aku terus cari buku November. November baru lauching hari tu sebenarnya. Suka betul aku dengan Alexia Aqram. Terasa macam crush pula. Fatihah pula crush dengan Penulis Sahaja. Sesuai sangat kombinasi kami.

 Semangat tau minta sign Aqram dan Penulis Sahaja. Tapi why Aqram sampai hati dia tulis macam tu. Cair!

 Buku Dari KLCC ke Tanjung Malim untuk adik aku. Sign please.


Dapat lah 3 buku, November untuk aku, Dari KLCC ke Tg. Malim untuk adik aku, Kamar Sutera untuk bakal kakak ipar (baca: girlfriend abang aku) dan 2 tee hasil bodekan adik-adik aku. 

Ingat nak tulis pendek, tapi macam dah terpanjang pula. Nampak tak semangatnya aku ni. Last, aku nak kongsi video bawah ni. Tengok lah weh. Walaupun aku tak cakap sebab lari awal-awal dah nampak Astro Awani, tapi abang wartawan suruh teman kawan aku yang boleh tak perasan itu Astro Awani. 


Bye.

Thursday 28 November 2013

Review : The Hunger Games:Catching Fire

Hello & Assalamualaikum

Hari ahad minggu lepas masa berpoya-poya dengan kawan aku tengok The Hunger Games: Catching Fire.


Sinopsis

Filem bermula selepas Katniss Everdeen pulang ke rumah setelah memenangi Hunger Games yang ke 74 bersama Peeta Mellark. Kemenangan ini bermakna mereka kena tinggalkan keluarga dan kawan-kawan. Katniss dan Peeta membuat tour diatas kemenangan mereka ke daerah yang lain, tetapi berlaku pemberontakan diatas kemenangan mereka. Presiden Snow mengadakan edisi khas Hunger Games sempena 75 tahun game tersebut. Semua pemenang sebelum ini akan bertarung satu sama lain.

Review

Cerita ini sangat berkaitan dengan siri pertama, better korang tengok yang pertama dulu baru nak tengok yang ini. Aku tak tengok yang dulu punya jadi memang aku tak faham mula-mula.



Jalan cerita agak slow aku rasa, lebih kurang sejam baru action ada. Kau bayangkan sejam tu, boleh buat orang bosan dan tertido mula-mula. Tapi bila masuk babak game nak bermula itu yang excited.



Banyak tricky dan persoalan dalam cerita ini. Serious, aku asyik tertanya je. Kepelbagaian watak dapat dilihat bila game bermula, macam-macam karakter ada dan membuatkan kita twist sikit sapa jahat sapa baik. Watak Johanna dalam ni aku suka sebab dia macam psycho sikit. 



Games ni bukan semata-mata untuk bertarung saja tapi nampak macam mana dorang 'menguji' game tu. Dalam game ni apa saja pergerakan dorang dilihat dan dikawal oleh Presiden Snow. Apa yang boleh nampak kat sini walaupun dorang bertarung tapi pada mulanya dorang tak nak pun pertarungan ni berlangsung.

Penghujung cerita ni memang membuat aku tertanya-tanya. Aku rasa ending dia habis dengan cepat dan tiba-tiba ehhh dah habis?. Macam tak percaya tapi aku rasa ini mungkin permainan pengarah untuh buat kita tengok sambungan movie ni.

Walaupun permulaan cerita agak perlahan, tapi plot-plot masih disusun berkembang dengan cantik dan tak meleret-leret. Banyak elemen digunakan dalam cerita ni, tricky, suspens, humor ada sikit, action, love. Semuanya seimbang. Rating dia kat IMDB pun boleh tahan. Tak sabar nak tunggu sambungan filem ini.

Bye

Teristimewa

Hello & Assalamualaikum

Tema minggu ini sir kata pasal orang penting or sayang kan. So kalau macam tu aku pilih family lah. Why family, kenapa tak kawan-kawan atau buayafriend. Eh suka hati la kan. Apadahal. Aku rindu family aku sebenarnya haa. 

So sweet depa kan

Ibu dan ayah dua-dua aku rapat. Tapi biasalah nak requests macam-macam senang dengan ibu aku lagi .Memandangkan dalam adik beradik aku yang paling jauh kalau dapat belajar mana-mana, jadi balik rumah je requests nak makan sambal ikan bilis petai la, gulai lemak siput sedut la mesti ibu aku akan buat. Sedap lak tu tapi tak best nye aku punya masakan tak sebest dan sesedap macam ibu aku. Muka aku adalah photostat ibu aku, sebijik orang kata. Kalau dating area Ipoh tu memang senang kantoi dengan sapa-sapa yang kenal ibu aku.

Ramai cakap ayah aku garang. Padahalnye tak. Antara ibu dan ayah aku, ibu aku lagi garang. Kalau dengan ibu, aku banyak rujuk hal peribadi atau share hal apa-apa, dengan ayah aku pulak aku lebih rujuk pada hal berkaitan dengan IT, elektronik atau teknologi, Serious cakap sampai umur aku sekarang aku tanya ayah aku lagi nak beli laptop macam mana, handphone macam mana. Ayah aku hebat tau, repair laptop boleh, repair handphone boleh. Aku pernah hantar handphone rosak kat kedai, then orang tu cakap "Adik beli baru jela, rosak teruk ni, berkarat-karat lagi", Dapat kat ayah aku elok je repair. Ayah aku selalu suruh aku or adik-adik wat business online, atau apa-apa yang berkaitan IT. Tapi aku sangat lah malas. Huhuu. 

Sebelum nak daftar UKM 1 September, ayah aku masuk wad kecemasan pada 30 Oktober. Tak pernah ayah aku masuk wad atau sakit sampai macam tu. Aku nangis dan mesti lah risau. Masa tu aku fikir ayah risau ke sebab aku nak masuk u, yuran semua macam-macam duit keluar. Ingat balik menangis karang.

Adik.Hafiz.Along
Dengan adik-adik pun aku rapat cuma abang aku kurang sikit. Biasalah lelaki kalau dah tua ni agak bajet keegoan dan konon dah cukup besar. Wakakaaa. Adik-adik aku semua dah besar-besar. 18 dan 15. Dua-dua kaki melawan. Aku pukul sikit pang tendangan berbalas kat muka. Perghh. Tapi jarang lah macam tu, kami biasa bergurau. Adik-adik aku suka ngepau duit aku beli baju, buku atau tengok wayang. Perghh mengampu diorang tu memang tak sangka diorang lelaki. Dua-dua kuat bahan aku selalu kata aku gemok tapi aku suka rembat baju dorang, sama size baju pun nak kata aku gemuk kan.

Hadi
Dia ni suka explore, tapi nakal. Pembazir punya orang. Tapi kalau nak minta tolong dengan dia memang best, lagi-lagi kalau pasal hal yang aku tak tahu. Suka guna laptop aku sampai penuh memory laptop aku. Suka buat kerja merepek tapi lawak. Korang pernah buat kertas jadi bentuk tahi tak? Wakakakaa. Aku pernah terkena dengan dia ni.


Hafiz ni gila! Selalu gaduh dengan dia. Gaduh sebab siapa lagi hebat. Wakakaa. Memandangkan dia baru masuk form 6 aku selalu bahan dia budak sekolah dan lepas tu jadi la gaduh-gaduh kecik. Tapi dia lah yang selalu hantar-ambil aku nak pergi mana-mana. Yelah malang tak ada lesen. Kami punya minat yang sama. Kitorang selalu share buku-buku nak baca dan share knowledge terutama pasal sejarah sebab dia minat sejarah aku pula akan cerita berkaitan hal-hal universiti. Kuat bodek selalu minta belanja. Tapi dia ni kuat politik kut, aku cuma berbincang pasal ekonomi dan pentadbiran negara je dengan dia dah ceramah kata aku macam-macam. Siap cakap aku berhaluan kiri lagi.  Dash.Undersore.Dash

Konvo Ptss March 2013
Keluarga kecil tapi bermakna. Semua orang pun macam tu kan. Rindu nak balik, ingat nak balik minggu ni tapi ada sesi kritik blog pulak. Kof kof batuk jap. Eh. korang perasan tak gambar kat atas ni sapa paling pendek? Aku la tu. Urghhh. 

Bye.