Thursday 28 November 2013

Review : The Hunger Games:Catching Fire

Hello & Assalamualaikum

Hari ahad minggu lepas masa berpoya-poya dengan kawan aku tengok The Hunger Games: Catching Fire.


Sinopsis

Filem bermula selepas Katniss Everdeen pulang ke rumah setelah memenangi Hunger Games yang ke 74 bersama Peeta Mellark. Kemenangan ini bermakna mereka kena tinggalkan keluarga dan kawan-kawan. Katniss dan Peeta membuat tour diatas kemenangan mereka ke daerah yang lain, tetapi berlaku pemberontakan diatas kemenangan mereka. Presiden Snow mengadakan edisi khas Hunger Games sempena 75 tahun game tersebut. Semua pemenang sebelum ini akan bertarung satu sama lain.

Review

Cerita ini sangat berkaitan dengan siri pertama, better korang tengok yang pertama dulu baru nak tengok yang ini. Aku tak tengok yang dulu punya jadi memang aku tak faham mula-mula.



Jalan cerita agak slow aku rasa, lebih kurang sejam baru action ada. Kau bayangkan sejam tu, boleh buat orang bosan dan tertido mula-mula. Tapi bila masuk babak game nak bermula itu yang excited.



Banyak tricky dan persoalan dalam cerita ini. Serious, aku asyik tertanya je. Kepelbagaian watak dapat dilihat bila game bermula, macam-macam karakter ada dan membuatkan kita twist sikit sapa jahat sapa baik. Watak Johanna dalam ni aku suka sebab dia macam psycho sikit. 



Games ni bukan semata-mata untuk bertarung saja tapi nampak macam mana dorang 'menguji' game tu. Dalam game ni apa saja pergerakan dorang dilihat dan dikawal oleh Presiden Snow. Apa yang boleh nampak kat sini walaupun dorang bertarung tapi pada mulanya dorang tak nak pun pertarungan ni berlangsung.

Penghujung cerita ni memang membuat aku tertanya-tanya. Aku rasa ending dia habis dengan cepat dan tiba-tiba ehhh dah habis?. Macam tak percaya tapi aku rasa ini mungkin permainan pengarah untuh buat kita tengok sambungan movie ni.

Walaupun permulaan cerita agak perlahan, tapi plot-plot masih disusun berkembang dengan cantik dan tak meleret-leret. Banyak elemen digunakan dalam cerita ni, tricky, suspens, humor ada sikit, action, love. Semuanya seimbang. Rating dia kat IMDB pun boleh tahan. Tak sabar nak tunggu sambungan filem ini.

Bye

Teristimewa

Hello & Assalamualaikum

Tema minggu ini sir kata pasal orang penting or sayang kan. So kalau macam tu aku pilih family lah. Why family, kenapa tak kawan-kawan atau buayafriend. Eh suka hati la kan. Apadahal. Aku rindu family aku sebenarnya haa. 

So sweet depa kan

Ibu dan ayah dua-dua aku rapat. Tapi biasalah nak requests macam-macam senang dengan ibu aku lagi .Memandangkan dalam adik beradik aku yang paling jauh kalau dapat belajar mana-mana, jadi balik rumah je requests nak makan sambal ikan bilis petai la, gulai lemak siput sedut la mesti ibu aku akan buat. Sedap lak tu tapi tak best nye aku punya masakan tak sebest dan sesedap macam ibu aku. Muka aku adalah photostat ibu aku, sebijik orang kata. Kalau dating area Ipoh tu memang senang kantoi dengan sapa-sapa yang kenal ibu aku.

Ramai cakap ayah aku garang. Padahalnye tak. Antara ibu dan ayah aku, ibu aku lagi garang. Kalau dengan ibu, aku banyak rujuk hal peribadi atau share hal apa-apa, dengan ayah aku pulak aku lebih rujuk pada hal berkaitan dengan IT, elektronik atau teknologi, Serious cakap sampai umur aku sekarang aku tanya ayah aku lagi nak beli laptop macam mana, handphone macam mana. Ayah aku hebat tau, repair laptop boleh, repair handphone boleh. Aku pernah hantar handphone rosak kat kedai, then orang tu cakap "Adik beli baru jela, rosak teruk ni, berkarat-karat lagi", Dapat kat ayah aku elok je repair. Ayah aku selalu suruh aku or adik-adik wat business online, atau apa-apa yang berkaitan IT. Tapi aku sangat lah malas. Huhuu. 

Sebelum nak daftar UKM 1 September, ayah aku masuk wad kecemasan pada 30 Oktober. Tak pernah ayah aku masuk wad atau sakit sampai macam tu. Aku nangis dan mesti lah risau. Masa tu aku fikir ayah risau ke sebab aku nak masuk u, yuran semua macam-macam duit keluar. Ingat balik menangis karang.

Adik.Hafiz.Along
Dengan adik-adik pun aku rapat cuma abang aku kurang sikit. Biasalah lelaki kalau dah tua ni agak bajet keegoan dan konon dah cukup besar. Wakakaaa. Adik-adik aku semua dah besar-besar. 18 dan 15. Dua-dua kaki melawan. Aku pukul sikit pang tendangan berbalas kat muka. Perghh. Tapi jarang lah macam tu, kami biasa bergurau. Adik-adik aku suka ngepau duit aku beli baju, buku atau tengok wayang. Perghh mengampu diorang tu memang tak sangka diorang lelaki. Dua-dua kuat bahan aku selalu kata aku gemok tapi aku suka rembat baju dorang, sama size baju pun nak kata aku gemuk kan.

Hadi
Dia ni suka explore, tapi nakal. Pembazir punya orang. Tapi kalau nak minta tolong dengan dia memang best, lagi-lagi kalau pasal hal yang aku tak tahu. Suka guna laptop aku sampai penuh memory laptop aku. Suka buat kerja merepek tapi lawak. Korang pernah buat kertas jadi bentuk tahi tak? Wakakakaa. Aku pernah terkena dengan dia ni.


Hafiz ni gila! Selalu gaduh dengan dia. Gaduh sebab siapa lagi hebat. Wakakaa. Memandangkan dia baru masuk form 6 aku selalu bahan dia budak sekolah dan lepas tu jadi la gaduh-gaduh kecik. Tapi dia lah yang selalu hantar-ambil aku nak pergi mana-mana. Yelah malang tak ada lesen. Kami punya minat yang sama. Kitorang selalu share buku-buku nak baca dan share knowledge terutama pasal sejarah sebab dia minat sejarah aku pula akan cerita berkaitan hal-hal universiti. Kuat bodek selalu minta belanja. Tapi dia ni kuat politik kut, aku cuma berbincang pasal ekonomi dan pentadbiran negara je dengan dia dah ceramah kata aku macam-macam. Siap cakap aku berhaluan kiri lagi.  Dash.Undersore.Dash

Konvo Ptss March 2013
Keluarga kecil tapi bermakna. Semua orang pun macam tu kan. Rindu nak balik, ingat nak balik minggu ni tapi ada sesi kritik blog pulak. Kof kof batuk jap. Eh. korang perasan tak gambar kat atas ni sapa paling pendek? Aku la tu. Urghhh. 

Bye.

Tuesday 26 November 2013

Berpoya-poya hari minggu.

Hello & Assalamualaikum.

Semua berkaitan dengan exam, test dah settle setakat ini. Lega kut tapi lega sementara jela, tunggu lah kau result keluar baru nak menangisi kekecewaan. Sebagai melepaskan tension dan treat diri sendiri yang telah bertungkus lumus untuk exam, aku keluar berpoye-poye (berfoya-foya) dengan kawan-kawan satu batch/kos/fakulti/aras/poli/kelas. Kemain tension sikit nak keluar sakan kan.

Aku dengan kawan-kawan plan pergi Times Square sebab Nurul nak shopping katanya. Wah wahh. Aku just lebih nak treat perut aku dengan makanan. Kehkeh.

Let me introduce my friends.
Fieza.Sue.Nurul
Fieza yang cool bersama gadis yang cool
Nurul dan Sue sebenarnya sama poli dengan aku dulu, tapi dorang batch lain dan kos lain. Cumanya aku memang kenal dengan Sue masa kat poli sebab kebetulan roomate dia satu fakulti IT dengan aku.

Nurul.Fikri.Fieza
Yang tengah tu tak kenal pun weh. Rasa macam kesian sangat dia forever alone tu yang ajak. Kehkeh!. Gurau. Yang tengah tu dia sama kelas aplikasi komputer dan ada lagi kelas yang sama. Tapi tak boleh declare sebagai bestfriendforever lagi. Hahaa.


Sampai-sampai je terus makan. 

So sweet. Wakakaka.
Semangat kau Fikri!
Lepas makan dan sementara nak tunggu roomate Nurul, Syaza datang dari rumah dia, kitorang jalan-jalan dulu dan macam nak main theme park dekat Times Square tu, tapi disebabkan ada sorang laki yang takut nak naik roller coaster terpaksa lah kitorang batalkan. Huhh.

Kempunan nak main roller coaster belakang tu.


Around pukul 4.00 masih tak tahu nak buat apa, nak main roller coaster ada orang takut kitorang decide nak tengok wayang The Hunger Games: Catching Fire, nanti aku review movie ni. Lama kot movie ni. Masuk pukul 5.45. Keluar pukul 8. Perghh, terus balik sebab takut tak sempat nak kejar bas UKM last pukul 11.



Fun la jugak, kalau dapat main roller coaster lagi fun. Perli Fikri, aku syak Fikri ni pembawakan budak gamaknya sampai cakap nanti dia muntah-muntah naik roller coaster. Kehkeh. Tak puas sikit keluar kali ni sebab kitorang tak manage masa dengan betul. Huhuu. Semua terkejar-kejar.

Last. Dalam komuter. Girls biasalah bergambar.
Bye.



Thursday 21 November 2013

Amali Makmal 1

Hello & Assalamualaikum.

Semua paper yang ada midterm dah settle. Semalam last test yang aku ada, lab test aplikasi komputer. Maybe sesetengah expect aku boleh buat sebab dulu ambil IT kan. Tapi ketahui lah anda bahawa aku juga manusia normal yang mudah gelabah dan goyah dengan kenervousan.

Alhamdulillah aku tak ada masalah dengan PC dalam lab tu. Aku dah prepare laptop siap-siap, tapi malas nak guna sebab laptop aku bunyi kipas kuat sangat. Malu beb. Kehkeh. Tak nak la mengganggu student lain juga.

Luckily aku dah try buat latihan yang sir bagi, tapi masa buat lab test tadi pun aku macam tak confident. Macam ehh betul ke ehhh. Ehh ehh. Dasar hasutan syaitan perasaan was-was timbul. Aku tahu sir kecewa. Jujur lah tak kecewa, soalan ubah sikit je tapi ramai yang bertanya.  Harap markah aku okay untuk lab test ni.

Bye.

Tuesday 19 November 2013

Kejujuran dalam Perhubungan

Hello & Assalamualaikum.

Aku nak bercakap kejujuran dalam perhubungan dari aspek sebagai seorang pelajar. Dua benda aku rasa berkait rapat :.

1.Ibu bape
Of cource kena jujur dengan parents, lagi-lagi kita belajar jauh dari parents, parents tak boleh nak pantau kita sangat. Senang la kita nak tipu dorang kan? Pengalaman aku belajar di Politeknik dan sekarang ni pun aku perasan students  tak jujur dengan mak ayah. Keluar berpoya-poya dengan kawan tipu parents, call parents cakap nak duit repair laptop lah beli buku lah padahal duit tu habis untuk enjoy lebih. Tak kesah ko nak buat apa pun, shopping ke dating ke at least tak payah lah tipu mak ayah kan. Aku sendiri biasakan pergi keluar dengan kawan-kawan inform parents.

2. Kawan-kawan
Kita banyak kerja yang berkumpulan. Dalam kumpulan kerjasama kena penting, tapi kejujuran pun penting untuk kita kerjasama. Kalau rasa kerja tu ko tak boleh buat sorang, inform lah kawan-kawan and bila nak setup meeting susah, korang ada problem tapi tak nak inform. Lastly, group member terpinga-pinga ko apa cerita hidup ke tak.

3. Percintaan
Hurm. Saja nak tambah bagi sedap sikit. Bagi aku dalam hubungan memang perlu ada kejujuran. Bukan lah kejujuran semua benda nak report tapi jujur bila ada masalah. Jujur bila kau dah ada orang lain yang lagi kacak, poket tebal mahupun songkok tinggi. Walaupun kejujuran itu pahit tapi tak sepahit penipuan. Gituuuu.   Tapi aku rasa laki ni jujur salah tak jujur pun salah. 

Psstt : Budak 16 tahun yang hilang kat Villa Nabila tu sebenarnya pergi rumah kawan dia lepas pergi Villa tu,  hebat betol 1Malaysia kena troll dengan dia! Tapi kenapa tak inform mak ayah kan. See , kejujuran tak ada.

Bye.


Kahwin

Hello & Assalamualaikum.

Dalam kelas haritu , sir ada sembang pasal hantaran dan pasal orang kahwin melebihi dari kemampuan. Tapi aku rasa yang jadi isu lebih kepada hantaran mahal. Kononnya hantaran ikut level education seorang perempuan. Kalau master, tinggi lah sikit hantaran dia dari yang ada diploma, degree, stpm.




Tapi bagi aku, aku tak setuju yang kami orang perempuan letak harga ikut education. Sorry to say, aku rasa hantaran ni lebih kepada parent yang letak Kalau dapat bakal mentua yang memahami untunglah kan. Tapi yang style nak berlumba-lumba dengan jiran/sedara atau ikut trend tu good luck ehh. Perkara ni boleh bincang-bincang sebenarnya kan.


Ibu aku pernah cakap. Kalau RM10 ribu tu susah bagi laki tapi tak cukup ikut pihak perempuan jugak, cuma kita kena saling memahami. Ibu aku juga tak bagi aku kahwin awal, " Ibu nak ko habis belajar dulu, kalau dah kerje pun kukuhkan ekonomi dulu, baru tak susah lepas kahwin" , " Kahwin guna duit sendiri jangan nak susah ibu ayah"  Hmmm. Tak merasa nak kahwin awal tau.. Hahaa.


 Psstt : Aku bajet kenduri kahwin aku konon lagi meriah sebab sorang je anak perempuan kan.

Bye.

Wednesday 13 November 2013

PERMADARI

Hello & Assalamualaikum.

Minggu ni busy gila. Hari ini pun pergi PTSL dari petang terus sampai malam sebab 8.30 ada perjumpaan pertama PERMADARI. Permadari ni Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan. Sebab aku nak join persatuan ni nak cari jodoh. Okey-okey, gurau, jangan serius sangat. Tapi bila aku cakap macam tu kat kawan aku boleh percaya. Ceh!. 

Tujuan asal aku nak masuk sebab make society. Yelah, satu aras aku pun penuh FEP, melainkan roomate aku bukan FEP.Itu pun malu-malu kucing nak sembang dengan dia. Dalam kelas comfirm dak-dak FEP, melainkan kelas foundation je campur-campur. Jadi aku taknak lah personaliti aku nampak 'sombong'. Dalam mase yang same aku nak buat nak enjoy lah jugak dengan kawan-kawan baru. Jangan tau enjoy dekat laman sosial je yedak.

Bye.

Tuesday 12 November 2013

Review : Thor The Dark World

Assalamualaikum & Hello.

Masa cuti mid sem, aku bersama adik-adik aku dan sepupu tengok movie Thor The Darkworld. Ikut asalnya nye tak tau nak tengok cerita apa. Sebab aku dan sepupu nak tengok Thor tapi adik aku beria cakap tak best. Dia lebih pada nak tengok filem melayu, sepupu aku pulak macam tak minat filem melayu je gayenye tu. Last-last pilih Thor , lagipun minggu tu macam tak ada cerita yang best.


Sinopsis

Bertahun-tahun dulu bapa Odin (bapa Thor), bertempur dengan puak-puak Malekith. Malekith nak yang  memusnahkan alam semesta dengan kuasa yang tak boleh dimusnah (Aesther). Tapi Malekith kalah dan melarikan diri. Aesther pula ditanam dalam-dalam di tempat sembunyi. Thor cuba menamatkan peperangan 9 alam akibat dari cubaan Malekith nak memusnah kan bumi. Si Loki dipenjara kan sebab kesalahan dia di bumi(The Avengers). Dalam dunia bumi , Darcy bawa Jane ke sebuah kilang dimana terdapat gangguan prinsip fizik, masa itu Jane ditarik masuk ke tempat Aesther ditanam dan kuasa tu meresap dalam diri Jane. Thor dapat rasa sesuatu, datang kebumi dan membawa Jane ke Asgard. Malekith dapat merasakan kuasa Aesther dan ingin ambil kuasa tu balik Berlaku lah pertempuran ....

Review



Jalan cerita boleh tahan. Elemen sweet-sweet pun ade.Nampak la Thor ni gagah perkasa pun sayang kat Jane ni. Humor pon menjadi, lagi-lagi bila Loki boleh pulak bertukar jadi Captain Amerika.


Thor lepaskan Loki untuk tolong dia lawan Malekith. Masa ni elemen tricky ada. Aku tertipu dengan si Loki ni. Kalau ikot kan aku tak suka sangat dengan Loki, tapi dalam filem ni aku jadi suka pulak.

Walaupun ending dia takde lah best sangat macam The Avengers tapi masih nice. Of course mesti ada sambungan punya sebab ada scene lepas credit. Jadi korang jangan keluar dulu lepas ada credit.

P/S : Dengar cerita filem Highland Tower orang cakap best? Betol ke?

Bye.