Wednesday 30 October 2013

Buku-buku

Hello & Assalamualaikum.

Mase cuti Raya Aidiladha, adik aku cakap dia dapat baucer buku dan nak beli buku melalui MPHonline. Dengan baik hati nye dia nak belanje aku 2 buku. Dari hari-hari layan layan muka buku ,kene lah layan buku jugak. Aku nak pilih Diorama Eksisten tapi tak ade stok. Jadi aku pilih 2 buku ; Kitab Terfaktab dan Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang.


Dua-dua buku masih belum aku khatam. Tapi saja nak share dengan korang. Kitab Terfaktab : Sarkastik Cinta, lebih kepada pandangan penulis tentang percintaan tapi cara pengolahan yang santai dan sarkastik itu yang buat tak klise dan rase eew eeew nak bace.

Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang, Jyeahhh. Tajuk yang mendalam. Isi pun mendalam. Banyak isu yang ade contoh PTPTN Aku kena bace slow-slow untuk hadam maksud yang disampaikan. Dah habis baca nanti aku share review dekat korang.

Bye.

Tanggungjawab

Hello & Assalamualaikum.

Sir bagi tajuk tanggungjawab untuk minggu ni. Erk berat kot. Berkira-kira aku nak keluarkan fakta.  Aku lebih nak cakap pasal tanggungjawab sebagai pelajar. Macam makan cili sebab minggu lepas tak datang kelas Aplikasi.

Kalau tanggungjawab sebagai pelajar of course tuntut ilmu. Tapi bagi aku sendiri setakat tuntut ilmu tak cukup. Ramai je yang nak kejar pointer semate-mate. Skills pon perlu seimbang. Target aku sendiri, memandang kan aku freshie dalam busines admin , aku akan cuba untuk faham setiap subjek dalam mase sama aku tak nak hanya tumpu pada teori je. Kof kof. Batuk jap. Subjek tak faham sampai menangis-nangis kan. Tapi cabaran lah tu ye dak.

Nilai tanggungjawab sebagai pelajar bukan je untuk pelajar sekolah atau universiti. Tapi kat mana-mana pun boleh. Masa kerja pun dikira belajar kan. Yang penting matlamat nak tahu sesuatu. 

Bye.

Tuesday 22 October 2013

Mid Exam Akaun

Hello & Assalamualaikum.

Minggu ni macam terkejar-kejar sikit. Memandangkan mid exam akaun pada 23/10/2013. Aku risau sikit sebab mentah sangat pasal akaun dan dalam kepale aku akaun akaun akaun. Padahal kerja dan aktiviti lain banyak tersusun. Doakan terbaik untuk aku.


Bye.

Couple itu Haram? Relationship Sebelum Kahwin?

Hello & Assalamualaikum.

Bila bercakap pasal couple, banyak kitab-kitab yang keluarkan fatwa. Mostly kitab facebook. Couple itu haram lah berdosa lah. Tapi aku tengok yang like dan comment majoriti couple jugak.

Aku tak reti bercakap bab-bab ni. Tapi kalau ikot pandangan aku sendiri relationship sebelum kahwin tak ada salah nya. Cuma yang salah kalau cara kita tu yang tak betul. Kahwin pun belum tapi asyik berkepit mengalahkan orang kahwin.

Secara peribadi, aku suka kalau bercinta lepas kahwin. Bukan lah tak kenal langsung kan. Cuma aku tak jugak menolak hubungan sebelum kahwin. Aku sendiri pernah cakap kat ibu aku suruh je carikan lelaki yang ibu aku berkenan untuk jadi calon menantu dia. Mase tu konon nya dah menyampah dengan lelaki. Tapi ibu aku memang tak layan last aku yang kene cop gatal. Kehkeh.


      

Bercinta sebelum kahwin  tidak salah cuma berhati-hati dalam cinta.

Bye.

7 Minggu di UKM

Hello & Assalamualaikum.

" UKM best tak? "
" Kawan-kawan macam mana ? "
" Syok belajar UKM? "

Aku tak reti bila orang tanye soalan macam tu. Sebab nya baru 7 minggu aku rasa aku tak dapat rentak lagi duduk dekat sini. Bleghhhh. Lambat gila 7 minggu tak dapat rentak. Macam bajet pulak tak.

Minggu orientasi dah la tak ade roomate. Sedih weh. Lepas tu bile dapat geng satu aras dipisahkan pulak group orientasi. Bila member group okay. Dipisahkan pulak dengan lain blok dan lain kursus. Tak dapat nak declare best friend forever.Sobbbs

Dalam minggu pertama-kedua kuliah, emosi aku agak down sikit. Sebab nya ade satu subjek memang aku rase kill gile bagi aku. Lec ajar laju bajet aku dah paham lepas tu macam push pun iye. Serius aku cakap disebabkan satu subjek ni aku menangis dan rase nak tukar kursus ke IT balik. Memang mase tu aku pikir pointer aku mesti terok. Bukan aku tak ade tanye sape-sape. Tapi bile dorang ajar mesti dorang bajet aku dah ade basic.

Pasal pengecualian kredit pun satu hal, sebab dulu aku diploma Teknologi Maklumat dan sambung ke Pentadbiran Perniagaan aku rase macam tak berbaloi untuk bayar RM100 dan mohon beberapa subjek yang aku sendiri tak pasti boleh drop atau tak. Lagi pulak nak kena ade Syllabus Outline. Last makan hati dengan kawan-kawan yang dapat drop. " Weh , hang dapat drop berape subjek ". Soalan paling dibenci bila kawan tanye. Berape kali aku kena mention yang aku dulu lain course!

Minggu ke 2 baru aku ade roomate, senior tahun 2 tapi baru 20. Kahkah . Adik aku lah kiranya. Roomate aku kursus Sains Kimia. Jadi aku memang tak ade tempat nak berkongsi mengadu tak paham akaun math atau ape-ape subjek.

Bukan semue tak best kat UKM ni. Lec Aplikasi Komputer aku best ape. Kehkeh.  Tapi aku pikir tunggu lah habis satu sem . Mesti semua okay dan aku boleh adapt.

Bye.

Kepentingan Elektrik

Hello & Assalamualaikum.

Masa aku kat Fakulti tiba-tiba elektrik tak ada. Aku rilek lagi alaaa setakat fakulti je pun. Kebetulan masa tu tak ada kelas chill je lah. On the way nak balik kolej , Nurul mesej aku cakap panas dok dalam bilik ajak makan kat kafe. Aku mase tu gelabah la handphone tak ade bateri wifi aku pon tak ada bateri. Dem Demmm.

Dalam pukul 6-7 baru ade balik elektrik dekat Kolej Keris Mas. Aku dapat tahu tak semua kolej yang ade elektrik masa tu. Sian dorang.

Bagi aku tak ada elektrik ni memang susah. Handphone cepat abes bateri, smartphone with stupid battery, kalau laptop aku tu tak payah cakap la tak ade nyawa kalau tak ade elektrik. Jadi semua kerja aku memang terbengkalai terutama. Nak buat assigment tak boleh, update blog tak boleh, check ifolio tak boleh. Propa sikit. Kehkeh. Jadi dengan kata lain elektrik ni memang penting sungguh. Lagi-lagi UKM menggunakan ifolio. Nak study kena rujuk ifolio jugak. Dah tak ada elektrik. Nak pakai apa on laptop kan.

Bye.


Wednesday 9 October 2013

Rindu Kononnya

Hello & Assalamualaikum




Gambar kat atas ni masa ambik sem 5 kat PTSS. Poli bagi student IT ambik kursus dan aku pilih kursus Oracle , nama detail aku tak ingat. Ini apa yang kelas aku tulis. Semua bajet takut lepas pengajar suruh tulis kat depan. Itu yang penuh semacam.

Aku rindu dengan IT. Rindu merasa stress buat coding lagi2 mase final year project. Rindu mengeluh susah susah.. Rindu masa buat lab test gabra semacam sebab mesti ade error. Rindu. Walaupun kos aku ambik kat UKM bukan IT, tapi aku cuba xnak tinggal kan aku. Aku x terror mana pasal IT dan nak belajar lagi mungkin slow sikit la.

Ini baru kerinduan sebenar. apadahal rindu pada bf gf . Rindu mak ayah tu lain cite la, tiap-tiap hari pon korang homesick yedak.

Bye,

[Media Sosial] Keburukan & Kebaikan

Hello & Assalamualaikum

FACEBOOK.  Kebanyakan orang mesti ada walaupun tak semua. Memang Facebook ni dah jadi fenomena 1 dunia lah siap ada lagu Cinta MukaBuku, kalau parodi tak payah cakap lah.

Banyak pro & kontra kita boleh nampak dengan Facebook ni  contoh nya :

Pro:

1) Dapat kawan baru.
-Kat Facebook aku dapat kawan baru yang boleh share info ape-ape. Dulu masa poli aku selalu lah jugak tanya kawan-kawan kat Facebook pasal IT. Padahal aku jumpa pun tak pernah.

2) Dapat jumpa kawan-kawan lama balik.
-Aku boleh cakap dengan Facebook ni kawan yang dulu aku tak bercakap sekarang dah boleh pum pam pum pam sakan.

3) Business
-Dari segi nak buat business, Facebook sebagai platform memang terbaik lagi-lagi aku suka beli barang online. Kadang-kadang online Facebook tu sebab survey barang je. Perempuan kan.

4) Perbincangan group.
-Berkesan untuk student tak pun group yang kita minat. Dulu aku pernah join group RunningMan Fans lagi. Mesti berbulu sir dengar. Hihii.

Kontra:

1) Khabar Angin
-Ini memang aku tak suka sebab banyak info dalam Facebook dimanipusi. Kebanyakannya pasal halal haram makanan. Demmm !

2) Privasi
-Mesti ada orang yang sebok nak ambik tau hal korang. Aku couple dengan sapa pun sebok nak kepochi. Lepas tu bahan. Dasar!

3) Ditipu
- Aku tak tau perempuan zaman sekarang tak pikir atau ape. Senang sangat kena tipu dengan laki yang nak duit.

4) Game
- Ini tambahan sebab aku tak suka orang invite game.

Facebook ini bergantung pada orang yang guna. Kalau pandai guna masa yang betul okelah. Kalau cara kita salah siap lah orang bagi hadis cakap Facebook itu lagho.

Bye.