Sunday 29 September 2013

Kalau Aku Berkuasa

Hello & Assalamualaikum.

Kalau aku berkuasa dalam dunia apa akan aku buat? Benda yang akan aku ubah ,  aku banteras rasuah. Sebab rasuah ni lah merosakkan negara. Orang bawahan mesti kena tindas, orang atas senang naik, orang bersalah tak dihukum dan banyak lagi contoh yang ada. Tapi bagi aku setakat banteras rasuah dengan hukuman saja tak cukup. Ini mentaliti puncanya , ibarat rasuah tu dah macam amalan biasa.

Kedua, aku tak boleh nak tengok golongan kurang kemampuan ni, tak kesah la kurang upaya atau orang-orang tua atau pun kanak-kanak . Aku nak tolong dorang dari segi bagi kemudahan dan peluang hidup yang lebih baik. Kanak-kanak contoh nya, selalu aku perasaan ade je datang mana-mana kedai jual balm tujuan untuk support diorang. Padahal ada sindiket disebalik tu yang guna kesempatan kanak-kanak ni, alahh balm apa jual rm10. Aku bukan nak merungut dari segi itu, tapi kalau derma mestilah ikhlas kan , jadi biarlah orang nak derma berapa pun asalkan ikhlas. Yang aku geram orang disebalik yang guna kan kanak-kanak ni untuk kepentingan dan keuntungan pihak mereka sendiri. Daripada kanak-kanak tu pergi meraih simpati macam tu baik aku sediakan satu platform untuk mereka belajar contoh kemahiran.

Kalau kat malaysia, aku nak ubah pengangkutan awam jadi lebih bagus. Bukan cakap tak bagus sekarang ni. Tapi kan best kalau pengangkutan awam di malaysia sama taraf macam di China atau Jepun. Ini antara perkara aku nak ubah jika diberi peluang. 

Bye .

No comments:

Post a Comment