Sunday 29 September 2013

Inspirasi

Hello & Assalamualaikum

Untuk post kali ni sir bagi tajuk INSPIRASI, inspirasi untuk blog. Banyak blog sekarang yang naik contoh nya ayeem ayam , mista K dan banyak lagi, yang famous amos mesti korang dah kenal kan. Insipirasi aku  of course semua kenal Fatin Liyana . Aku jadi kan dia sebagai inspirasi sebab walaupun dia pelajar perubatan tapi nampak cool macam aku jugak. Dia selalu share tips dan banyak info macam travel , yaehhh aku suka kalau jalan-jalan travel tapi bajet takde. Dan semestinya info pasal braces dia share sebab dia pun pakai braces macam aku. Sebab tu aku cakap dia cool sebab aku cool. Hahaa! . Cara penulisan Fatin Liyana juga sempoi, ade jugak dia selit-selit loghat nogori dia. Dari segi design blog dia simple. Aku memang tak suka banyak widget ni. Hihi.


Salah satu insipirasi aku , tehtarikgelasbesar atau dikenali dengan Nami Cobbler atau Nama Nami. Dulu dia ada buat blog tapi dah delete atas sebab-sebab tertentu. Tapi dia masih menulis di Tumblr. Aku suka lebih pada cara penulisan dia. Mungkin agak berat tapi sebenarnya ada sesuatu yang baru aku dapat tahu  Dia jugak penulis buku , setakat ini aku dah habis baca Awek Chuck Taylor dan Semangat Anak Muda. Aku tengah bercadang nak beli Diorama Eksisten.

TheOtherKhairul jugak aku jadi kan sumber insipirasi. Blog dia lebih pada rujukan sebenarnya. Ayat penulisan dia memang sarkastik tapi  tak butthurt pun . Dia pun banyak share something yang berguna untuk aku. Yang terbaru pasal Tips Interview . Bukan macam tips interview yang biasa orang share. Try lah baca. Aku selalu bukak blog dia tapi sekarang dia jarang update. Sedih . Nama Nami dan TheOtherKhairul ni dulu pernah jadi penulisan untuk blog Terfaktab. Post-post dorang mesti aku baca .

Banyak blog lain yang bagus dan menjadi sumber insipirasi aku sebenarnya. Tapi 3 ni pun aku dah rasa macam banyak dah ni.

Bye.


No comments:

Post a Comment