Thursday 28 November 2013

Review : The Hunger Games:Catching Fire

Hello & Assalamualaikum

Hari ahad minggu lepas masa berpoya-poya dengan kawan aku tengok The Hunger Games: Catching Fire.


Sinopsis

Filem bermula selepas Katniss Everdeen pulang ke rumah setelah memenangi Hunger Games yang ke 74 bersama Peeta Mellark. Kemenangan ini bermakna mereka kena tinggalkan keluarga dan kawan-kawan. Katniss dan Peeta membuat tour diatas kemenangan mereka ke daerah yang lain, tetapi berlaku pemberontakan diatas kemenangan mereka. Presiden Snow mengadakan edisi khas Hunger Games sempena 75 tahun game tersebut. Semua pemenang sebelum ini akan bertarung satu sama lain.

Review

Cerita ini sangat berkaitan dengan siri pertama, better korang tengok yang pertama dulu baru nak tengok yang ini. Aku tak tengok yang dulu punya jadi memang aku tak faham mula-mula.



Jalan cerita agak slow aku rasa, lebih kurang sejam baru action ada. Kau bayangkan sejam tu, boleh buat orang bosan dan tertido mula-mula. Tapi bila masuk babak game nak bermula itu yang excited.



Banyak tricky dan persoalan dalam cerita ini. Serious, aku asyik tertanya je. Kepelbagaian watak dapat dilihat bila game bermula, macam-macam karakter ada dan membuatkan kita twist sikit sapa jahat sapa baik. Watak Johanna dalam ni aku suka sebab dia macam psycho sikit. 



Games ni bukan semata-mata untuk bertarung saja tapi nampak macam mana dorang 'menguji' game tu. Dalam game ni apa saja pergerakan dorang dilihat dan dikawal oleh Presiden Snow. Apa yang boleh nampak kat sini walaupun dorang bertarung tapi pada mulanya dorang tak nak pun pertarungan ni berlangsung.

Penghujung cerita ni memang membuat aku tertanya-tanya. Aku rasa ending dia habis dengan cepat dan tiba-tiba ehhh dah habis?. Macam tak percaya tapi aku rasa ini mungkin permainan pengarah untuh buat kita tengok sambungan movie ni.

Walaupun permulaan cerita agak perlahan, tapi plot-plot masih disusun berkembang dengan cantik dan tak meleret-leret. Banyak elemen digunakan dalam cerita ni, tricky, suspens, humor ada sikit, action, love. Semuanya seimbang. Rating dia kat IMDB pun boleh tahan. Tak sabar nak tunggu sambungan filem ini.

Bye

No comments:

Post a Comment