Thursday 28 November 2013

Teristimewa

Hello & Assalamualaikum

Tema minggu ini sir kata pasal orang penting or sayang kan. So kalau macam tu aku pilih family lah. Why family, kenapa tak kawan-kawan atau buayafriend. Eh suka hati la kan. Apadahal. Aku rindu family aku sebenarnya haa. 

So sweet depa kan

Ibu dan ayah dua-dua aku rapat. Tapi biasalah nak requests macam-macam senang dengan ibu aku lagi .Memandangkan dalam adik beradik aku yang paling jauh kalau dapat belajar mana-mana, jadi balik rumah je requests nak makan sambal ikan bilis petai la, gulai lemak siput sedut la mesti ibu aku akan buat. Sedap lak tu tapi tak best nye aku punya masakan tak sebest dan sesedap macam ibu aku. Muka aku adalah photostat ibu aku, sebijik orang kata. Kalau dating area Ipoh tu memang senang kantoi dengan sapa-sapa yang kenal ibu aku.

Ramai cakap ayah aku garang. Padahalnye tak. Antara ibu dan ayah aku, ibu aku lagi garang. Kalau dengan ibu, aku banyak rujuk hal peribadi atau share hal apa-apa, dengan ayah aku pulak aku lebih rujuk pada hal berkaitan dengan IT, elektronik atau teknologi, Serious cakap sampai umur aku sekarang aku tanya ayah aku lagi nak beli laptop macam mana, handphone macam mana. Ayah aku hebat tau, repair laptop boleh, repair handphone boleh. Aku pernah hantar handphone rosak kat kedai, then orang tu cakap "Adik beli baru jela, rosak teruk ni, berkarat-karat lagi", Dapat kat ayah aku elok je repair. Ayah aku selalu suruh aku or adik-adik wat business online, atau apa-apa yang berkaitan IT. Tapi aku sangat lah malas. Huhuu. 

Sebelum nak daftar UKM 1 September, ayah aku masuk wad kecemasan pada 30 Oktober. Tak pernah ayah aku masuk wad atau sakit sampai macam tu. Aku nangis dan mesti lah risau. Masa tu aku fikir ayah risau ke sebab aku nak masuk u, yuran semua macam-macam duit keluar. Ingat balik menangis karang.

Adik.Hafiz.Along
Dengan adik-adik pun aku rapat cuma abang aku kurang sikit. Biasalah lelaki kalau dah tua ni agak bajet keegoan dan konon dah cukup besar. Wakakaaa. Adik-adik aku semua dah besar-besar. 18 dan 15. Dua-dua kaki melawan. Aku pukul sikit pang tendangan berbalas kat muka. Perghh. Tapi jarang lah macam tu, kami biasa bergurau. Adik-adik aku suka ngepau duit aku beli baju, buku atau tengok wayang. Perghh mengampu diorang tu memang tak sangka diorang lelaki. Dua-dua kuat bahan aku selalu kata aku gemok tapi aku suka rembat baju dorang, sama size baju pun nak kata aku gemuk kan.

Hadi
Dia ni suka explore, tapi nakal. Pembazir punya orang. Tapi kalau nak minta tolong dengan dia memang best, lagi-lagi kalau pasal hal yang aku tak tahu. Suka guna laptop aku sampai penuh memory laptop aku. Suka buat kerja merepek tapi lawak. Korang pernah buat kertas jadi bentuk tahi tak? Wakakakaa. Aku pernah terkena dengan dia ni.


Hafiz ni gila! Selalu gaduh dengan dia. Gaduh sebab siapa lagi hebat. Wakakaa. Memandangkan dia baru masuk form 6 aku selalu bahan dia budak sekolah dan lepas tu jadi la gaduh-gaduh kecik. Tapi dia lah yang selalu hantar-ambil aku nak pergi mana-mana. Yelah malang tak ada lesen. Kami punya minat yang sama. Kitorang selalu share buku-buku nak baca dan share knowledge terutama pasal sejarah sebab dia minat sejarah aku pula akan cerita berkaitan hal-hal universiti. Kuat bodek selalu minta belanja. Tapi dia ni kuat politik kut, aku cuma berbincang pasal ekonomi dan pentadbiran negara je dengan dia dah ceramah kata aku macam-macam. Siap cakap aku berhaluan kiri lagi.  Dash.Undersore.Dash

Konvo Ptss March 2013
Keluarga kecil tapi bermakna. Semua orang pun macam tu kan. Rindu nak balik, ingat nak balik minggu ni tapi ada sesi kritik blog pulak. Kof kof batuk jap. Eh. korang perasan tak gambar kat atas ni sapa paling pendek? Aku la tu. Urghhh. 

Bye.

No comments:

Post a Comment