Sunday 8 December 2013

Bersyukur

Hello & Assalamualaikum

Yada yada yada. Minggu ni tema blog "Bersyukur". Krik krikkkk, kosong dalam kepala. Tapi macam banyak point jugak.  Aku nak gunakan penceritaan untuk share pasal bersyukur ni. Wah, sejak mengamalkan pembacaan buku alternatif, kemain nak nak buat macam penulisan.

Lepas je aku habis belajar dekat Politeknik Perlis bulan 4 2012, aku kerja lah sementara nak tunggu result UPU dekat McDonalds . Cuba korang teka, apa aku dapat? Yeah !. Kata-kata orang. " Belajar 3 tahun habis duit pinjam lagi tapi kerja biasa je. ". " Ada diploma tapi kerja takat tak ada diploma baik tak payah belajar" . Serious aku memang down gila waktu tu, aku cerita kat ibu aku dan ibu aku cakap biarkan sekurang-kurangnya nak cari pengalaman. Dalam 3 bulan aku kerja kat McDonalds aku berhenti dan kerja sebagai Promoter di Aeon Ipoh, Situasinya sama je, aku sampai malas nak hadap pemikiran orang macam tu. Aku kerja sementara tu pun sebab aku memang nak tunggu panggilan sambung belajar. At least aku tak membuang masa kat rumah habiskan duit mak ayah.



Aku bersyukur dengan kerja yang aku buat selagi halal, dapat pengalaman dan kawan-kawan yang best walaupun malay, chinese atau indian. Kalau nak cakap interview lain pernah je pergi. Tapi kalau sapa ada pengalaman susah nak cari kerja, dah bersyukur sangat dapat kerja . Dengan duit tu lah aku mampu bayar yuran konvokesyen diploma aku. Dengan duit hasil kerja jugak lah aku mampu menanggung hari-hari aku dekat UKM sebelum PTPTN masuk.  Kerja yang orang anggap cikai-cikai ni pun kawan-kawan ada pinjam duit aku.

Sebelom masuk UKM, aku dah 2 kali apply nak masuk universiti. Sekali apply upu tahun 2012 dan lagi 1 lagi apply Uitm awal tahun 2013. Kiranya UKM ni permohonan kali ketiga aku. Bila dah direject sebanyak 2 kali aku memang sedih menangis gila sampai pertikaikan kenapa aku tak dapat tapi kawan aku yang pointer rendah 3.0 pon dapat. Yang upu kali ketiga aku minta pun nak tak nak tapi mintak juga. Konon tak berharap padahal hati aku lah yang risau gila tak dapat. Alhamdulilah aku dapat UKM dalam Buss. Admin. Ramai yang tanya kenapa ambil Business sedangkan dulu IT. Dulu aku tak tahu nak cakap apa sangat. Tapi sekarang aku boleh cakap ini rezeki aku, aku bersyukur sekurang-kurang nya aku dapat sambung belajar.

Masuk UKM, dah macam terkejut. Lecturer laju sangat. Minggu pertama -kedua adalah minggu yang hectic bagi aku. Tapi lama-lama aku adapt jugak walaupun banyak subjek aku memang mentah. Dengan ada Nurul, Miza, Akma dan kawan-kawan lain yang boleh huahuahua hilang tension. Dengan Fikri yang boleh mengadu subjek susah-susah lepastu belajar sama-sama. Banyak benda bila kita rasa kita lah yang tak beruntung gila. Tapi kalau ikut kan kita bertuah berbanding orang-orang lain.

Satu lagi aku nak cakap, tak tahu ini sebagai teguran atau sindiran. Wakakak. Berhutang dengan orang, nak bayar balik susah tapi mewah. Pakai handphone cecangih kalah aku. Barang brand-brand. Bila aku minta bayar buat macam terdesak sangat nak cari duit. Aku juga last kena paham. Tak reti bersyukur orang macam ni.

Tema minggu ini buat aku nak nangis. Sekup muka dengan bantal tak mau buat kerja. Bleghhh. Macam tak bersyukur pula yedak.

P/S : Bersyukur Malaysia masih aman.

No comments:

Post a Comment