Friday 20 December 2013

Diploma Teknologi Maklumat (Hiburan Digital)

Hello & Assalamualaikum

Pada post throwback : zaman diploma, aku ada cakap nak cerita sikit pasal kos aku. Masa mula-mula apply  kos ni aku ingat kos ni lebih kepada belakang tabir macam editing. Tapi rupa-rupanya tidakkkkkkkk. Masuk-masuk je telah diberitahu oleh PA(Pensyarah Penyelia atau lebih kurang macam guru kelas la), yang kos aku ambik ni kos baru dan aku dengan rakan-rakan adalah first batch. Kos ini jugak adalah berkaitan dengan game. Kiranya kena buat game lah.

Aku masa tu dah risau, dah la selalu bising-bising bila adik-adik main game dan aku pun tak minat main game takat GTA dengan Need for Speed je lah main pun. Tiba-tiba ambik kos buat game. Perasaan tu lebih macam peribahasa 'mengata orang aku yang lebih'. Mula-mula rasa macam nak tukar kos, tapi PA aku cakap nak tukar ambik masa 2 bulan. Malas la tapi kalau ikutkan tak sampai sebulan pun sebab ada seorang tukar kos.

Nak kata kelas aku majoriti ramai lelaki tak pun, sama banyak baru lah adil yedak. Untuk sem 1 setakat belajar yang basic-basic, macam asas teknologi maklumat, basic C++. C++ dulu seronok lah buat, sebab tak mula buat coding lagi kan faham konsep saja boleh lah dapat A.

Start sem 2 dan keatas banyak belajar pasal coding, prolog, software, story telling, operating system, artificial intelligence dan tak lupa agama (masa sem 2 adalah tajuk perkahwinan). Dekat poli semua subjek yang kita ambik dikira pointer termasuk lah english, agama, polibriged, koko. Sebab dengar katanya kat matrik english tak termasuk kan.

Bagi aku kos ni agak tough jugak lah, sebab first batch. Nak rujuk lecturer pon lecturer sama-sama belajar jugak subjek yang dorang kene ajar kitorang. Disebabkan kos baru jugak lah setiap kerja(assignment, quiz, test, final project) tak kira dalam bentuk hardcopy atau softcopy kitorgang kena kumpul dan buat 1 portfolio. Memang tebal lah ceritanya.

Aku tak berapa suka dengan coding. Sebab apa?. Boleh menyebabkan aku rasa nak hempuk je laptop. Tertinggal satu je benda, contoh tertinggal simbol ; mesti error banyak. Eh ehh korang faham ke coding tu ape?.

Haaa. ni contoh coding software C#
Kitorang start buat mini final projek game dari sem 3 lagi, masa tu game-game yang cikai sahaja mampu. Macam budak-budak. Tapi okaylah kan mampu buat dah cukup baik.

Ini adalah details pasal projek akhir kumpulan aku. Tapi semua telah diubah balik mengikut kemampuan kitorang. Nak plan memang senang. 

Untuk projek akhir pulak, kelas aku telah buat presentation sebanyak 2 kali. Pertama depan lecturer, okay yang masa ni memang risau gila sebab kalau lecturer rasa tak best kena tukar. Tapi alhamdulillah kumpulan aku tak kena tukar. Kali kedua dengan IPTS yang memang ada kos game. Tak ingat la nama IPTS ni, tapi kalau kos kitorang nak sambung degree kat sana boleh potong kredit sampai tingal 2 tahun saja. Tapi mahal la.

Artificial Intelligence
Nak cerita lebih pun aku tak reti nak cerita macam mana sebenarnya. Tapi kalau nak banding lab test sekarang dengan dulu, dulu lagi susah lah sebab dulu kena buat coding lab test. Kalau tak faham atau study memang tak akan dapat lah jawapan. Dan kenapa lagi susah, sebab soalan tak akan sama dengan kawan-kawan sebelah korang. Buat lah sampai terkapai-kapai.

Tapi, nak sambung degree, tak ada lagi mana-mana IPTA tawarkan kursus khusus untuk gaming. Dulu dengar kata UTEM nak buat, jadi semua target UTEM. Tapi selepas ditanya-tanya, dorang tak tawarkan lagi untuk masa terdekat ni. Kalau Artificial Intelligence, Software Engineering tu adalah. Perghhh nak ambik 2 kos ni pengsan dulu.

Aku ingat nak kongsi projek akhir game yang aku buat tapi gambar tak ada pulak dalam laptop aku. Aku pernah tunjuk hasil projek akhir aku pada orang lain, dan biasalah mesti kena kutuk. Kenapa tak buat game  macam Angry Bird, tambah la banyak lagi. Pergh sampai menangis kut. Buat yang itu pun struggle gila. Masa diploma, memang tak boleh kalau laptop rosak. Kebanyakannya kena bawak laptop dan kerja-kerja semua bergantung dengan laptop. Bukan takat guna Microsoft Office, Adobe Photoshop je tapi software lain jugak. Jadi kebergantungan terhadap laptop adalah sangat tinggi.

Bye

5 comments:

  1. slm dik..bole tnya peluang keje mcm mna ye..ada adik dpt cos ni

    ReplyDelete
  2. slm dik..bole tnya peluang keje mcm mna ye..ada adik dpt cos ni

    ReplyDelete
  3. assalam, sy baru dpt tawaran politeknik dalam kos ni. boleh saya tahu dgn lebih lanjut berkenaan kos ni? peluang pekerjaan dan sebagainya

    ReplyDelete
  4. ini just pendapat saya, if dah cebur bidang ni, search la banyak syarikat yang buat game, improve english korang... and banyak search pasal tawaran pekerjaan semasa belajar subject ni... banyakkan social network around the world.. banyakkan tengok dokumentari pasal game... kalau nak lagi baik, korang ambik subjek tambahan atau kursus tambahan mengenai pengurusan syarikat, dan buat syarikat game sendiri, atau pun korang produce satu game yang gempak, lepas tu jual... social networking the most important.

    ReplyDelete
  5. Tumpang tnya sis, klu dip teknologi degital dgn dip sains komputer tuu cara blajar dy lain ke sama ehh?? Sy xpaham apa beza utk 2 kos nii?? Satu lgi kalau ambik bdang nii dy bnyk guna malay ke bi?

    ReplyDelete