Friday 20 December 2013

Shopping Online

Hello & Assalamualaikum

Aku suka membazirkan duit dengan shopping online. Kalau shopping kat mall mesti akan pikir shopping online lagi best. Family aku semua pun kaki shopping online. Sampai kan abang pos laju dah kenal adik aku sebab adik aku yang selalu ambik. Shopping online ni bukanlah macam baju je, macam-macam. Buku lah kitorang beli, kasut sukan, barangan komputer, barangan elektrik

Kenapa shopping online? Sebab senang. Hahaa. Poyo je. Tak ada lah senang sangat. Nak kata murah tu tak semua murah. Dan ada juga murah tapi bila termasuk kos penghantaran dah jadi mahal.

Disebabkan citarasa aku macam pelik dan cerewet, aku mesti rasa baju-baju bila shopping online lawa. Dalam masa yang sama aku rasa duit macam tak luak, padahal mahal jugak. Huhuu. Sebabnya kalau bila cash kita nampak duit keluar terbang begitu saja. Tapi sebab bank in atau transfer online, aku macam tak nampak duit keluar. Bahaya kes macam ni.

Nak share dekat korang apa yang aku pernah shopping online


  
Dari MilkTee. Harga dalam Rm65 tak silap.

   

MilkTee jugak. RM49.



 Kemeja ni dalam RM 38 termasuk postage. Ini pun dapat hasil dari membodek rakan rapat di facebook belanje. hihii. Tak ingat beli kat mana.


CC cream adalah first cream yang aku pernah beli. Percaya atau tak dari zaman sekolah dulu aku tak pernah beli foundation, bb cream mahupun bedak compact. Setakat bedak wangi-wangi je, yang lain ibu aku beli or orang bagi. Kehkeh. Lagipun muka aku ada jenis yang senang nak tau pakai bedak or tak. Huh. Kalau masker memang favourite aku. Kalau pergi Watson tu benda wajib. Okay 2 benda ni dibeli dari Hishop.


Okay yang ni pula dari Mivva. Apa yang best Mivva ni. Kita bayar RM38 tak termasuk postage untuk 1 box, dan akan dapat barang yang best-best sama ada trial pack atau pun full punya. Kalau dapat full memag mahal tau sebenarnya tapi kita cuma perlu bayar RM38 saja. Gambar kat atas ni box yang pertama aku subscribe. Dalam box ni dapat :

Elianto Eyeshadow (harga pasaran dalam RM8)
Toner BeautyMate (penah nampak dekat Watson toner ni RM45)
Re gen Oil (trial pack)
Unico Lip & Eye Cream (Rm80 kalau tak silap. Tapi Eye cream memang mahal)
Batu-batu untuk tumit 
Toner & Moisturizer Somang (trial)

Ini sahaja lah yang aku boleh kongsi. Banyak lagi sebenarnya, tapi ini aja yang aku bawak dekat UKM, selebih nya ada dirumah. 

Bye

No comments:

Post a Comment