Tuesday 3 December 2013

#PartyDuBook

Hello & Assalamualaikum

.
Jumaat lepas aku pergi PartyDubook dekat area KLCC. Of course excited, sebab dapat pergi sendiri depa buat event. Nama je party tapi bukan lah party sakan.

Fatihah kawan sekolah dan Nurul Fatihah kawan U.
PartyDubook ni telah diajak oleh kawan sekolah aku. Dia tahu dekat twitter, kalau dia tak bagitahu memang tak tahu lah aku sebab aku sendiri malas nak buka kicauan burung tu. Nurul, kawan aku pun nak ikut. Mungkin dia ingat pesta buku lain-lain. Jadi bila dah sampai dia jadi blur. Sorry Nurul. Huhuu. Kalau ikutkan zaman sekolah aku tak rapat pun dengan Fatihah sebab dia kategori budak pandai, aku hanya lah budak hingusan semata-mata. Disebabkan Facebook dan ada minat yang sama sikit, kitorang jadi rapat sikit. Nampak tak kebaikan Facebook kat sini. Okay tu dah masuk tema blog yang lama =_= .


PartyDuBook menghimpunkan buku-buku dari banyak publisher buat kali pertama. Mana lah aku tak teruja oi. Memandangkan ada antara penulis buku ni aku dah ikut sejak zaman poli mahupun sekolah menengah. Wah ayat. Rata-rata penulis buku ni aku tahu dari blog. Ye, mereka bermula dengan penulisan di blog. Bagus juga kan sir buat tugasan blog ni, mana tahu kut-kut korang dapat publish buku sendiri dengan bakat penulisan korang. Boleh aku beli sambil support yedak!?

Kenapa aku suka baca buku alternatif macam ni? Sebab penulisan dia cool. Cool ni boleh la dikategorikan sebagai penulisan yang lebih dekat dengan kita remaja ni. Tak skema , ayat jiwang pun boleh diterima pakai dan penceritaan yang bersahaja, lawak dan kalau nak tahu baik korang baca sendiri. Tak kan semua aku nak cerita. Lemak betol!

Kebetulan minat membaca buku alternatif ni sama dengan adik-adik aku, jadi bila aku inform kat dorang yang aku nak pergi PartyDubook semangat dorang kirim buku lah, tee lah. Kiriman yang bermodalkan air liur saja. Hehh.

Tersengih terhibur membaca tweet dari #PartDubook. Apa pun jangan disalah ertikan aku makan sambil tertonggeng. Itu belum nak makan lagi. Duduk pun belum. Aku adalah perempuan yang layak dijadikan calun menantu dan isteri, Wah wah.
 Kat sana dapat makan free kalau korang ada beli apa-apa kat sana. Dapat lah 'cucuk-cucuk' sebanyak 5 cucuk. Okay lah kan. Kau nak nice macam mana lagi?

Sampai je kat sana, aku dan kawan aku terus cari buku November. November baru lauching hari tu sebenarnya. Suka betul aku dengan Alexia Aqram. Terasa macam crush pula. Fatihah pula crush dengan Penulis Sahaja. Sesuai sangat kombinasi kami.

 Semangat tau minta sign Aqram dan Penulis Sahaja. Tapi why Aqram sampai hati dia tulis macam tu. Cair!

 Buku Dari KLCC ke Tanjung Malim untuk adik aku. Sign please.


Dapat lah 3 buku, November untuk aku, Dari KLCC ke Tg. Malim untuk adik aku, Kamar Sutera untuk bakal kakak ipar (baca: girlfriend abang aku) dan 2 tee hasil bodekan adik-adik aku. 

Ingat nak tulis pendek, tapi macam dah terpanjang pula. Nampak tak semangatnya aku ni. Last, aku nak kongsi video bawah ni. Tengok lah weh. Walaupun aku tak cakap sebab lari awal-awal dah nampak Astro Awani, tapi abang wartawan suruh teman kawan aku yang boleh tak perasan itu Astro Awani. 


Bye.

No comments:

Post a Comment