Friday 20 December 2013

Dari KLCC ke Tanjung Malim

Hello & Assalamualaikum

Nak berkongsi dengan korang sikit cerita yang ada dalam buku Dari KLCC ke Tanjung Malim.

~Canon Seri Budi~
Semasa bertanyakan kamera SLR  yang paling murah, tauke kedai itu berkata,

"Ada, Canon Seri Budi".

Dalam hati saya, terbit rasa kagum. Tidak sangka ada juga kamera Canon yang namanya sangat kemelayuaan. Namun apabila kotak kamera Canon itu sampai dihadapan saya, ohh rupa-rupanya,

"Canon 1000D"

Aku ketawa yang punya fak.
~~

~Namanya KLCC~
Pak Ngah aku seorang orang tua. Aku rasa umur dia dekat 70 tahun dah. Satu hari dalam bulan puasa tahun lepas, dia datang singgah ke rumah mak ayah aku. Kebetulan aku pun ada lepak disitu masa dia datang.

"Kau kerja situ lagi ka?" Tanya Pak Ngah aku.

"Situ mana Pak Ngah?"

"Situ la. Bangunan jagung dua batang tu".

Aku geleng kepala sambil memaki hamun arkitek bangunan dalam hati.
~~

Banyak lagi yang lawak-lawak dalam buku ni. Korang beli dan baca lah sendiri. Lemak betul semua nak cerita.

P/S: Korang tak gelak memang korang erghhhh. Malas cakap.

Bye

No comments:

Post a Comment