Friday 20 December 2013

S4

Hello & Assalamualaikum

Set 4 atau S4 adalah nama untuk kursus Aplikasi Komputer yang aku ambik. Pada mula kelas ni, lecturer yang mengajar atau dipanggil sir telah buat bajet-bajet macam garang je. Siap mengalakkan tukar set lagi. Secara jujur aku memang tak ada niat nak tukar set, tapi masa tu terdetik dihati. Adakah ini seorang lagi lecturer yang akan buat aku down? Ini sebab aku pernah rasa nak tukar kos terus sebab ada lecturer ajar laju dan tegas gila.

Aku rasa kelas S4 ni harmoni saja. Kenal yang lain. Walaupun tak rapat sekurang-kurangnya kenal nama dorang. Itu pun okay kan. Berbanding kelas lain. Poyo je cakap ehh macam pernah nampak lah, rupanya sama kolej jugak. Uhhh.

Bagi aku sir dikira sporting. Ini bukan untuk mengipas-ngipas tapi jujur dari hati. Gituuu. Walaupun aku jadi tak best sebab ramai yang drop  kursus ni dan aku student IT tapi tak drop. Makan hati tau. Tapi sebab cara sir yang sempoi dan boleh bergelak ketawa menyebabkan hati aku sejuk balik. Pfftt .Kemain ayat

Yang tak boleh blah, kadang-kadang lawak sir mesti selit unsur 18xx. Tak tak. Aku rasa kategori 21xx punya. Kehkeh. Jadi nak gelak kang nanti sir cakap over, tak gelak karang kesian pulak sebab sir cakap lawak dia mahal. Gurau gurau

Kawan aku pernah cakap, "Best lah tengok lecturer korang, dah la hensem aku nampak dia cakap dengan senior pun macam sempoi je. Tak macam lecturer kitorang ajar tegas gila. Aplikasi komputer je pun".- Ada unsur tokok tambah sikit.

Owh ye. Dalam kelas ni aku rapat sikit dengan Akma, Miza, Fikri, Cna. Dengan yang lain pun rapat jugak tapi rapat dengan rapat sikit adalah berbeza. Hahaa.

Okay thanks to sir yang mengajar dan polish balik skill aplikasi komputer aku yang dah lama berkarat. Terima kasih atas keprihatinan, kelawakan, dan kepoyoan sir selama mengajar kitorang. Terima kasih jugak sebab wujudkan gosip dengan Fikri. Rasanya sir memahami kami berkawan. Saya dah friendzone kan dia siap-siap. Kahkahhh. Tak lupa jugak ahli kumpulan power point aku, Aney, Naimah, dan Yong Chee dan rakan-rakan kelas yang lain.

Sir membajet. Kredit gambar dari Miza.

Bye

No comments:

Post a Comment